Hi! Welcome Back and Stay Tune! TNB Bangkit Sebelum Ikat KLHC - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TNB Bangkit Sebelum Ikat KLHC

NABIL Fiqri Mohd Noor (dua kanan) meraikan gol pertama KLHC bersama rakan sepasukanHammod Casey Dawsond (kanan) ketika menentang TNB pada aksi liga hoki premier Malaysia di Stadium Hoki Kuala Lumpur. – Foto OWEE AH CHUN

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mengikat Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) 3-3, sekali gus menjejaskan peluang lawannya itu mengukuhkan kedudukan dalam saingan Divisyen Premier Liga Hoki Malaysia TNB 2017.

Anton Poul Fritz Ebeling meledak gol pembukaan KLHC seawal minit ke-15 selepas menampan percubaan deras Nabil Fiqri yang gagal ditepis penjaga gol S Kumar.

Muhammad Rashid Baharom menggandakan kelebihan empat minit berselang, namun TNB meledak dua gol pada minit ke-22 dan ke-38 menerusi Muhammad Najib Abdul Rahman dan Muhammad Azzami Adabi.

TNB yang bersaing dengan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk tangga ketiga, sekali lagi ketinggalan ketika permainan berbaki tiga minit hasil pukulan sudut penalti Hammod Casey Dawsond, namun jaringan lewat Mohammad Shahril Saabah membantu TNB berkongsi satu mata.

KLHC kini berkongsi 30 mata dengan Pasukan Hoki Terengganu (THT) serta UniKL di tangga ketiga dengan 23 mata, sementara TNB yang mengutip 22 mata di tangga keempat, diikuti Maybank (13 mata), TNB Thunderbolts (10) dan UiTM-KPT dan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) menghuni tangga tercorot dengan dua mata.

Pengurus pasukan KLHC, Ahmad Anuar Sham Kamar mengakui mereka tidak bernasib baik selepas aksi yang berakhir dengan keputusan seri itu.

“Pemain saya beraksi dengan baik dan hampir mengutip mata penuh tetapi TNB mengecewakan kami dengan jaringan lewat permainan.

“Meskipun seri, kami masih berpeluang merangkul kejuaraan liga, namun semuanya bergantung pada baki dua lagi aksi bertemu UniKL dan THT,” katanya.

Sementara itu, pengendali TNB, Muhammad Amin Rahim mengucapkan tahniah atas semangat juang anak buahnya yang enggan menyerah kalah walaupun ketinggalan dua gol pada awal permainan.

“Saya bangga dengan pemain. Mereka berjuang dengan baik dan menyempurnakan setiap peluang yang terhidang sehingga mampu mengikat KLHC.

“Kami mengekalkan rekod baik bertemu KLHC apabila turut terikat 2-2 pada aksi pertama. Kami mensasarkan untuk menamatkan saingan liga sekurang-kurangnya di tangga ketiga berbaki dua perlawanan bertemu (SSTMI) dan UniKL,” katanya.





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


v>v>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.