Mayat Berulat Yang Ditemui Pemotong Rumput Sah Remaja Perempuan, Berusia Antara 10-13 Tahun
Ipoh: Hasil bedah siasat terhadap mayat yang ditemui dalam keadaan reput dan berulat di KM 23 Jalan Gerik-Kupang, dekat Hentian Rehat Bintang Hijau, Gerik semalam mendapati mayat itu adalah perempuan yang berusia 10 ke 13 tahun dan dipercayai dibunuh.
BH Online melaporkan, mayat berkenaan ditemui oleh pemotong rumput warga Bangladesh dalam keadaan lengkap berpakaian pada jam 12 tengahhari.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Gan Tian Kee berkata, hasil bedah siasat dijalankan mendapati kematian mangsa berpunca daripada pukulan objek tumpul, namun sehingga kini identiti mangsa masih belum diperoleh.
“Kita mengesan tanda lebam di tubuh mangsa. Bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun pagi tadi mengesahkan jantina mayat adalah perempuan belasan tahun manakala kematian disebabkan trauma tumpul.
“Polis sedang mengumpul semua maklumat untuk mengesahkan identiti mangsa dan berusaha menyelesaikan kes ini dengan segera,” katanya dalam kenyataannya di sini, hari ini.
Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kes ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Gerik, Asisten Superintendan Azman Yazid di talian 05-7912221.
Foto: Kosmo! |
Sumber: BH Online, Harian Metro, Kosmo!
Sumber : Siakapkeli
P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕
Post a Comment