Hi! Welcome Back and Stay Tune! PSG berpesta gol benam Marseille - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PSG berpesta gol benam Marseille

PEMAIN Paris Saint Germain, Edinson Cavani, (kanan), mengasak pemain Marseille, Hiroki Sakai, semasa perlawanan `Le Classique’ antara Marseille dan Paris Saint-Germain, di Stadium Velodrome, Marseille, selatan Perancis. – Foto AP

PARIS: Edinson Cavani meledak gol ke-35 pada musim yang menakjubkan ketika membantu Paris Saint Germain (PSG) membelasah Marseille 5-1 dalam pertembungan `Le Classique’ awal pagi tadi dan melonjakkan pasukannya ke tangga kedua saingan Ligue 1.

Pasukan juara Perancis ini ketinggalan tiga mata di belakang pendahulu, Monaco dan memiliki mata yang sama dengan Nice tetapi dipisahkan dengan perbezaan jaringan.

Seramai 65,252 penonton yang memenuhi A Stade Velodrome mengharapkan Marseille mampu menyerlah dan memberi cabaran kepada musuh tradisi mereka (PSG) selepas menyaksikan kepulangan Dimitri Payet serta tambahan pelaburan baharu kelab.

Namun, penonton tuan rumah terdiam selepas enam minit perlawanan berlangsung apabila kapten PSG, Thiago Silva melakukan hantaran silang yang cukup menarik untuk disudahkan melalui tandukan kemas pertahanan Brazil, Marquinhos, bagi gol pembukaan pelawat.

Luka pasukan tuan rumah bertambah parah apabila Cavani meledak gol kedua PSG pada minit ke-16 untuk memastikan pelawat selesa mendahului sehingga tamat babak pertama.

Lima minit berlangsung babak kedua, Lucas terus mengukuhkan kedudukan PSG menerusi gol ketiga diikuti jaringan oleh Draxler untuk gol keempat (minit ke-61).

Marseille memberikan sedikit harapan kepada penyokong mereka apabila Fanni berjaya merapatkan sedikit jurang hasil jaringan pada minit ke-70.

Namun selang dua minit kemudian, Blaise Matuidi meledak gol kelima pelawat yang dilihat terus ‘membunuh’ impian dan sorakan penyokong Marseille.

Matuidi yang menjaringkan gol paling menarik pada perlawanan itu berkata; “Kami tahu, mereka cuba mendapatkan rentak dan menekan kami sepanjang 15 hingga 20 minit pertama, tetapi kami berjaya menangani dengan baik,” kata pemain tengah Perancis ini.

“Ini adalah kemenangan yang menakjubkan..ia cukup menggembirakan. Sejak kecil, saya mengidamkan untuk beraksi dalam pertembungan seperti ini.

“Saya gembira tetapi kami perlu terus mara dengan cara ini. Banyak pasukan lain yang bagus, mereka berada di puncak dan memang cukup menarik melihat persaingan memburu gelaran juara liga,” katanya.

Pertahanan Marseille, Gregory Sertic juga memberi maklum balas dengan berkata; “Kami cuma bagus pada lima atau enam minit saja. Gol kedua mereka ‘membunuh’ rentak kami. Apabila menentang PSG, memang sukar untuk bangkit,” katanya. – AFP

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lV2Oky

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.