Raja Salman dikurniakan darjah tertinggi negara
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini berkenan mengurniakan darjah tertinggi negara kepada Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud di Istana Negara di sini.
Raja Salman dianugerahkan Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N) pada istiadat khas sebelum majlis jamuan negara sempena meraikan baginda.
Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Raja Salman selaku Penjaga Dua Masjid Suci tiba untuk melakukan lawatan negara empat hari ke Malaysia bermula hari ini atas undangan Yang di-Pertuan Agong.
Raja Arab Saudi itu sebelumnya diberi sambutan negara di Dataran Parlimen di sini apabila tiba untuk memulakan lawatan. — BERNAMA
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lYwLR4✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment