Real Madrid bangkit ketepikan Villarreal
PEMAIN Real Madrid, Cristiano Ronaldo diasak pemain Villarreal, Mateo Musacchio dalam perlwanan La Liga di Stadium El Madrigal, Vila-real. – Foto AFP
MADRID: Gareth Bale dan Cristiano Ronaldo menyelamatkan Real Madrid yang bangkit selepas ketinggalan 2-0 sebelum menang 3-2 ke atas Villarreal untuk terus mengukuhkan kedudukan di puncak La Liga awal pagi tadi.
Kedudukan itu berjaya memastikan Real terus menjarakkan diri daripada pencabar terdekat Barcelona yang sebelum itu mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Atletico Madrid.
Real kini mendahului dengan kelebihan satu mata tetapi memiliki satu perlawanan di tangan berbanding pesaing mereka.
Bale pertama kali disenaraikan dalam kesebelasan utama selepas tiga bulan berehat akibat kecederaan dan pasukan juara Eropah itu dilihat bakal tewas kali kedua berturut-turut apabila Villarreal selesa mendahului 2-0 pada awal babak kedua perlawanan.
Pada minggu lalu, Real tunduk kepada Valencia 2-1.
Manu Trigueros melakukan sepakan voli yang menewaskan Samu Castillejo pada minit ke-50 untuk gol pertama Villarreal sebelum Cedric Bakambu meledak gol kedua enam minit selepas itu.
Ronaldo hampir merapatkan jurang selepas itu tetapi sepakan voli bintang Madrid ini terkena palang gol. Bagaimanapun, Bale memberikan kelegaan apabila melompat tinggi untuk menyambut hantaran silang Dani Carvajal untuk gol pembukaan selepas perlawanan berlangsung selama 25 minit di babak kedua.
Gol pertama Real itu menyaksikan Villarreal yang lebih menguasai permainan sepanjang sejam pertama perlawanan terpaksa bertahan menahan asakan bertali arus Real sepanjang detik 30 mini terakhir perlawanan.
Pada minit ke-74, Ronaldo meledak gol penyamaan menerusi sepakan penalti apabila bola terkena tangan Soriano yang cuba menyelamatkan keadaan kelam kabut di depan gawang tuan rumah.
Keadaan Villarreal juga bertambah parah apabila penjaga gol, Sergio Asenjo terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan dan digantikan Andres Fernandez.
Kesempatan itu digunakan sepenuhnya Real untuk terus menekan Villarreal dan Fernandez gagal menyelamatkan tandukan padu Alvaro Morata yang menerima hantaran lintang Marcelo – ketika perlawanan berbaki tujuh minit. – AFP
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mttabn✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!






Post a Comment