Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sentuhan berbisa Nainggolan bantu Roma - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sentuhan berbisa Nainggolan bantu Roma

RADJA Nainggolan. – Foto AP

MILAN: Radja Nainggolan membuktikan dia antara pemain tengah terbaik di Eropah musim ini dan mengukuhkan reputasinya dengan menjaringkan dua gol menakjubkan bagi membantu AS Roma menewaskan Inter Milan 3-1 dalam saingan Serie A, awal pagi tadi.

Nainggolan kini sudah merekodkan lima gol dalam empat perlawanan terakhir liga.

Mauro Icardi yang kembali diturunkan selepas digantung dua perlawanan menjaringkan satu gol buat Inter tetapi Diego Perotti melengkapkan kemenangan Roma apabila tenang menyempurnakan sepakan penalti yang diperoleh pada lewat babak perlawanan.

RADJA Nainggolan (kanan) ketika diasak pemain Inter Milan, Mauro Icardi. – Foto Reuters

Kemenangan itu membuka kembali pintu buat Roma dalam misi memburu gelaran liga apabila ketinggalan tujuh mata di belakang pendahulu, Juventus.

Roma kini memiliki kelebihan lima mata di depan penghuni tangga ketiga, Napoli yang tewas kepada Atalanta 2-0, Sabtu lalu.

Bagaimanapun, Roma berdepan tugas sukar apabila bakal melayani kunjungan Napoli, Sabtu ini – tiga hari selepas aksi pertama separuh akhir Piala Itali menentang Lazio.

“Kami membuktikan berhak untuk berada di kedudukan ketika ini. Kami bermain menentang pasukan utama di stadium yang sukar untuk mencatat kemenangan tetapi kami berhak untuk meraih tiga mata,” kata Nainggolan yang juga pemain antarabangsa Belgium.

“Juventus juga mencatat kemenangan tetapi kami terus percaya dan sekurang-kurangnya kami berjaya merapatkan jurang mata dengan mereka. Saya menjaringkan gol tetapi saya hanya seorang pemain dan tanpa kerjasama sepasukan saya tidak mungkin boleh beraksi sebaik ini,”.

Sementara itu, jurulatih Inter, Stefano Pioli kekalahan di tangan Roma adalah sesuatu yang mengecewakan kerana percaya anak buahnya mampu melakukan yang lebih baik lagi.

“Kami kecewa dengan kekalahan ini. Kami sedar lawan adalah sebuah pasukan yang kuat tetapi kami perlu meningkatkan prestasi kami,” kata Stefano. – AP

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mtJXuI

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.