Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sock bergelar juara tanpa keluarkan peluh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sock bergelar juara tanpa keluarkan peluh

MILOS Raonic, (kiri) bersama Jack Sock bergambar selepas majlis penyampaian trofi kemenangan Terbuka Derlray Beach, awal pagi tadi. – Foto AP

DELRAY BEACH: Pemain pilihan utama, Milos Raonic menarik diri daripada aksi final Terbuka Derlray Beach, awal pagi tadi selepas mengalami kecederaan hamstring sekali gus memberi kemenangan kepada lawannya, Jack Sock.

Raonic mengalami kecederaan itu pada Sabtu malam apabila dia merasakan kesakitan ketika membalas pukulan Juan Martin del Potro dalam aksi separuh akhir.

Raonic cuba mengenepikan rasa tidak selesa yang dialaminya dan memilih untuk tidur sambil berharap apabila dia bangun di sebelah pagi kesakitan itu hilang.

Bagaimanapun, selepas mendapatkan rawatan selama dua jam, pemain berusia 26 tahun dari Kanada itu tidak dapat memanaskan badan untuk persiapan menghadapi aksi final berkenaan sebelum mengumumkan dia tidak boleh beraksi.

Situasi itu menyaksikan Sock yang juga pilihan ketiga kejohanan merekodkan gelaran kedua tahun ini dan melonjak ke ranking 18 dunia. Sebelum ini, pemain berusia 24 tahun itu turut muncul juara di New Zealand dan membantu Amerika Syarikat mara ke suku akhir Piala Davis.

Sock memegang rekod kemenangan 11-1 dalam saingan tahun ini apabila dia hanya tewas kepada Jo Wilfried Tsonga pada aksi pusingan ketiga Terbuka Australia.

Hanya Roger Federer yang menjuarai Terbuka Australia memiliki peratusan kemenangan yang lebih baik berbanding Sock tahun ini.

“Situasi ini sangat mengecewakan,” kata Raonic yang turut mengalami kecederaan ketika Terbuka Australia sehingga memaksa dia menarik diri daripada mewakili Kanada menentang Great Britain dalam aksi suku akhir Piala Davis.

“Saya sudah mengalami kecederaan dalam tiga kejohanan berturut-turut. Saya hanya tinggal satu perlawanan lagi untuk muncul juara tetapi saya tidak boleh beraksi. Ia situasi yang sukar untuk diterima.”

Sock yang mengatasi John Isner di tangga teratas ranking pemain lelaki Amerika Syarikat pada Oktober lalu, berkata situasi itu bukan sesuatu yang dimahukan kedua-dua pihak tetapi gelaran juara tetap gelaran juara. – AP

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mtSXjq

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.