Hi! Welcome Back and Stay Tune! Paris-Nice: Alaphilippe Menang Peringkat 4, Rampas Jersi Kuning - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Paris-Nice: Alaphilippe Menang Peringkat 4, Rampas Jersi Kuning

JULIAN Alaphilippe. – Foto AFP

MONT BROUILLY (Perancis): Julian Alaphilippe mengambil alih kedudukan selaku pendahulu jelajah berbasikal Paris-Nice sebentar tadi, selepas menewaskan juara dua kali Tour de France Alberto Contador ketika memenangi Peringkat 4 ujian masa individu di laluan mendaki.

Pelumba 24 tahun yang mewakili pasukan Quick-step yang dianggap pelumba berbakat Perancis, menewaskan jaguh Sepanyol itu dengan kelebihan 19 saat di bawah cuaca sejuk, basah dan berangin.

“Saya sudah memikirkan peringkat ini sejak malam tadi. Saya tahu kaki saya berasa selesa dan saya ada peluang,” kata Alaphilippe. “Saya memberikan segala-galanya pada kilometer terakhir.”

Alaphilippe menamatkan kayuhan sejauh 14.5 kilometer menuju ke Mont Brouill dengan catatan 21 minit 39 saat untuk merampas kedudukan pendahulu daripada Arnaud Demare (FDJ).

Atas kemenangan pada peringkat itu, Alaphilippe akan menerima hadiah tambahan daripada penaja tempatan di Beaujolais: 48 botol wain.

“Cukup menyeronokkan. Saya akan berkongsi dengan rakan sepasukan,” kata Alaphilippe kepada Eurosport. “Saya harap kami akan menerimanya selepas tamat perlumbaan, sebab kalau terima malam ini, pasti memberi kesan buruk kepada baki perlumbaan selepas ini.”

Tony Gallopin (Lotto Soudal) menduduki tempat ketiga, satu saat di belakang Contador yang mewakili pasukan Trek, tetapi melonjak ke tangga kedua keseluruhan.

Pelumba Perancis itu kini 33 saat di belakang Alaphilippe dalam senarai keseluruhan, dengan Contador berada 1:31 di belakang di tempat kelapan. Demare pula merosot ke tangga ke-10 keseluruhan.

Peringkat kelima hari ini adalah kayuhan sejauh 199.5km dari Bourg-de-Peage yang terletak di wilayah Auvergne-Rhone-Alpes di tenggara Perancis, membabitkan laluan landai yang memberi kelebihan kepada pakar pecut dan dijangka tidak akan mengubah kedudukan keseluruhan.

Bagaimanapun, segala-galanya dijangka berubah apabila kayuhan menuju ke kawasan pergunungan pada hujung minggu ini kerana menunggu pelumba ialah tiga kayuhan sukar pada Jumaat, Sabtu dan Ahad sebelum berakhir di Nice.

“Cabaran belum berakhir,” kata Alaphilippe. “Pada penghujung perlumbaan nanti keadaan menjadi lebih sukar.” – AP

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m2Hl6w

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.