Seluruh England: Vivian-Khe Wei Mara Pusingan Kedua
BEREGU wanita negara, Vivian Hoo-Woon Khe Wei cemerlang apabila mara ke pusingan kedua Seluruh England di Birmingham. – Foto NSTP
KUALA LUMPUR: Beregu wanita negara, Vivian Hoo-Woon Khe Wei cemerlang apabila mara ke pusingan kedua Seluruh England di Birmingham, sebentar tadi.
Kejayaan itu hadir selepas beregu nombor satu negara itu mengetepikan cabaran pasangan Thailand, Putitta Supajirakul-Sapsiree Taerattanachai dalam aksi pusingan pertama yang berlangsung selama 78 minit.
Vivian-Khe Wei menunjukkan semangat juang tinggi apabila mereka yang tewas 18-21 di set pertama, bangkit untuk mengheret perlawanan ke set penentuan dengan kemenangan 21-11 di set kedua.
Pada aksi set penentuan, Vivian-Khe Wei beberapa kali ketinggalan namun berjaya bangkit sebelum memenangi perlawanan 21-17.
Ia adalah kemenangan keempat mereka ke atas pasangan Thailand berkenaan dalam tujuh pertemuan.
Bagaimanapun, Vivian-Khe Wei berdepan tugas berat dalam misi mengesahkan slot ke suku akhir selepas ini apabila dijadual bertemu gandingan Korea Selatan yang juga pilihan ketiga, Jung Kyung Eun-Shin Seung Chan, pada aksi pusingan kedua, esok.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mYREN1✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment