Pemandu Uber, Grab Tak Kecuali Bayar Cukai Pendapatan
PEMANDU Uber dan Grab yang mendapat pendapatan minimum RM30,000 setahun, wajib membayar cukai pendapatan. – Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Pemandu Uber dan Grab yang mendapat pendapatan minimum RM30,000 setahun, wajib membayar cukai pendapatan, kata Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Sabin Masitah.
Katanya, pembayaran cukai berkenaan dikenakan terhadap pemandu Uber dan Grab sepenuh masa atau sambilan, jika pendapatan tahunan mereka mencecah pendapatan minimum itu.
“Bagi pemandu Uber dan Grab sambilan, jika pendapatan tetap dan sambilan berjumlah RM30,000 setahun, mereka juga perlu membayar cukai pendapatan, ” katanya pada sidang media selepas berucap di Majlis Hi-Tea LHDN bersama Media di sini, hari ini.
Sabin berkata, pendapatan yang diperoleh pemandu Uber dan Grab dikategorikan sebagai pendapatan komersial sekali gus mereka perlu memaklumkan sumber pendapatan masing-masing dengan mengisi borang B.
Katanya, tindakan akan diambil jika mereka gagal mengisytiharkan sumber pendapatan mereka.
“Jika mereka kata tiada rekod (sumber pendapatan) kami ada kaedah untuk cari dapatan maklumat individu berkenaan.
“Antaranya, menerusi dokumen pembelian harta tanah kerana mereka akan tandatangan mematikan setem. Selain itu, maklumat boleh diperoleh daripada bank melalui Laporan Transaksi Tunai (CTR) dan Laporan Transaksi Mencurigakan, ” katanya.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ox8P4X✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment