Hi! Welcome Back and Stay Tune! 7 Cara Ajar Pasangan Anda Menguruskan Kewangan Walaupun Gaji Tidak Besar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

7 Cara Ajar Pasangan Anda Menguruskan Kewangan Walaupun Gaji Tidak Besar

Jika admin muatnaik artikel tips menyimpan duit, ada yang menyatakan, gaji besar bolehlah menyimpan, macam-macam alasan akan diberi.

Memang diakui keadaan ekonomi sekarang memang membuatkan ramai akan rasa tertekan terutamanya mereka yang bergaji kecil, tetapi keadaan itu banyak sebenarnya berlaku kepada mereka yang terlalu banyak membuat pinjaman peribadi yang perlu dilangsaikan setiap bulan dalam tempoh yang lama di samping bayaran bulanan barang keperluan.

Sebenarnya apabila masuk gaji, pasti ramai antara kita akan korbankan duit itu demi kehendak, tidak salah memenuhi kehendak sesekali, tapi bukannya setiap bulan walaupun kecil, jadi inilah peluang anda untuk menyimpan.

Jom baca tips yang dikongsikan oleh saudara Amir Syahir ini bagaimana mengajak pasangan kita menguruskan kewangan yang berkesan walaupun tidak bergaji besar.


Tuhan biasanya menemukan seseorang untuk melengkapkan kita. Jika pasangan kita gila modified kereta je manjang, pasangan dia mesti bijak menguruskan kewangan.

Jika pasangan kita gila duk beli baju online, baju dua almari lepastu boleh kata takde baju nak pakai lagi, pasangan dia mesti power kawal kewangan. Simple.

Kalau dua-dua ada kesedaran tu untung lah. Rezeki tu.

Jadi, apa yang kita boleh buat untuk ajar dan bagi kesedaran kepada pasangan kita tentang pengurusan kewangan?

1. Ajar Cipta Matlamat Kewangan

Pengurusan kewangan yang baik membabitkan matlamat kewangan jangka pendek, sederhana dan panjang.

Untuk permulaan, bina matlamat paling senang nak capai. Contohnya RM600 dalam sebulan. Jadi, RM20 setiap hari. Bila dah capai apa yang dibuat, ia akan rasa semangat nak menyimpan lebih lagi. 

2. Ajar Simpan Sebelum Berbelanja

Ajar si dia untuk simpan sebelum berbelanja. Contohnya gaji RM2000. Simpan siap-siap RM200. Kalau rasa berat, cuba simpan RM100 sebulan.

Jika membelanjakan semua pendapatan terlebih dulu dan ada lebih baru simpan, tu boleh mencipta masalah kewangan yang kronik pada masa akan datang.
Ajar dia gunakan formula ini:

Pendapatan – Simpanan = Belanja.

3. Ajar Supaya Tangguhkan Kehendak

Jika si dia menggelupur nak IPhone 7, korang banyakkan azan di telinga dia. Korang ingatkan dia tu dah la ada PTPTN tertunggak. Ajar dia supaya ada tabiat delay gratification iaitu menangguhkan kepuasan.

Tangguhkan seketika. Simpan duit dan belilah. Harga pun makin turun. Dah jimat berapa dah.

4. Ajar Supaya Berbelanja Dengan Bijak

Ajar dia buat bajet belanjawan bulanan. Catat segala perbelanjaan. Berbelanja dengan bijak ni boleh dibuat dengan membandingkan harga. Beli masa promosi atau dengan harga borong. Buat senarai barang yang nak dibeli, takde lah korang dua tiga kali ke pasar raya.

5. Ajar Tentang Keperluan vs Kehendak

Keperluan-keperluan asas hidup iaitu untuk makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan kesihatan.

Kehendak ni macam nak kereta mewah, telefon canggih, iPhone 7, travel luar negara ataupun lepak minum setabak. Ramai pasangan tidak tahu beza antara keperluan dengan kehendak. 

6. Ajar Tentang Risiko Kewangan

Risiko kewangan adalah sesuatu yang tidak dapat dihapuskan sepenuhnya. Bagi kesedaran tentang kepentingan takaful dan risiko pelaburan. Tentang bahaya tunggakan hutang kad kredit. Jadi, tak perlu guna kalau boros.

Ajar dia untuk mengenali penipuan skim cepat kaya dan MLM haram. Kalau dia banyak hutang apa jadi. Terangkan tentang CCRIS. Kalau dia tak bayar hutang apa akibatnya. Apa itu muflis dan kesan muflis.

7. Ajar Tentang Pelaburan Yang Bijak

Ajar dia tentang pelaburan yang senang seperti melabur di ASB dan Tabung Haji disebabkan unit berharga tetap. Jadi, korang tidak akan rugi.

Bila tengok duit makin bertambah dan membiak, keseronokan tu ada. Rasa sayang nak belanja sakan.

Itulah sedikit sebanyak yang korang boleh ajarkan pada pasangan korang tentang pengurusan kewangan yang lebih bijak.

Jika pasangan korang ada masalah kewangan, bukan dia je terbeban. Kau pun akan terbeban sama juga. Jadi sama-sama belajar ke arah menguruskan kewangan yang lebih baik.

Nak lebih lagi kalau ada seminar ke, pergi dengan dia. Ajak dia sekali. Golongan macam ni memang tak nak baca buku tentang pengurusan kewangan dah. Benda yang gua tulis ni pun merungut kata panjang. Apa yang kau boleh buat ialah ajar melalui teladan. Kah!

– Amir Syahir

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nL88I3

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.