Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kajian Sistem Insurans Pekerjaan Siap – Riot - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kajian Sistem Insurans Pekerjaan Siap – Riot

PUTRAJAYA: Kajian mengenai Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) telah siap dan dijangka dibentangkan di Parlimen pada Jun atau Julai tahun ini, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Richard Riot.

Beliau berkata kerajaan mengambil masa hampir tiga tahun untuk menyiapkan kajian itu yang melibatkan 35 perbincangan dengan syarikat pekerjaan dan peserta industri.

Pihak kementerian turut menghantar pegawai ke Korea Selatan dan Jepun bagi meneliti sistem mereka, katanya kata pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016 kementeriannya, di sini hari ini.

Beliau berkata SIP dijangka dilaksanakan pada 1 Jan 2018 manakala bayaran faedah akan dibuat bermula 1 Jan 2019.

SIP diperkenalkan buat pertama kali pada Bajet 2015 bagi membantu pekerja yang diberhentikan menerusi bantuan kewangan sementara selain menyediakan peluang latihan semula dan peningkatan kemahiran.

Baru-baru ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berkata pelaksanaan SIP akan dibuat menerusi caruman pekerja serta majikan dan ditadbir urus oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial.

Najib berkata SIP merupakan satu jaringan keselamatan sosial yang bertujuan membantu golongan pekerja yang hilang pekerjaan mendapatkan bantuan kewangan dan menari pekerjaan baharu.

Mengulas perkembangan lain, Riot berkata beliau tidak tahu mengenai keputusan Indonesia untuk menyambung semula penghantaran rakyatnya bekerja sebagai pembantu domestik di luar negara.

Bagaimanapun beliau menyifatkan laporan itu sebagai kenyataan tidak rasmi memandangkan tiada surat rasmi dihantar kepada kerajaan Malaysia berhubung perkara tersebut.

Riot mengulas laporan media memetik pegawai kanan di Kementerian Ketenagakerjaan Indonesia bahawa Jakarta akan menarik balik larangan penghantaran pembantu domestik dan sedang berbincang dengan negara berkaitan bagi memastikan pembantu domestik Indonesia dilayan dengan baik.

Mengenai insiden dipaksa bekerja lebih masa melibatkan 172 orang termasuk 14 warga tempatan di Klang, Riot berkata kes itu sedang disiasat dan majikan akan dikenakan hukuman setimpal jika didapati bersalah mengeksploitasi pekerja.

Semalam, seorang lelaki bergelar ‘Datuk’ ditahan selepas dia didakwa mengeksploitasi pekerja wanita asing dan tempatan dengan memaksa mereka bekerja lebih masa di sebuah kilang pemprosesn sarang burung di Klang. — Bernama

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nLaIhA

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.