Hi! Welcome Back and Stay Tune! Fox 4 News Minta Maaf Tersalah Eja ‘Rat’ Monster - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Fox 4 News Minta Maaf Tersalah Eja ‘Rat’ Monster

Baru-baru ini kumpulan sensasi Korea, BTS, membuat kemunculan dalam segmen pagi program The Morning Blend, dan segmen tersebut telah dimuat naik di saluran YouTube rasmi Fox 4 News.

Malangnya, tajuk video tersebut, ‘BTS Rat Monster talks Kpop with The Morning Blend’ telah mengundang kemarahan peminat kumpulan itu gara-gara pihak Fox 4 News silap mengeja nama salah seorang anggota, iaitu Rap Monster.

Rata-rata peminat yang menggelarkan diri mereka BTS Army, meluahkan rasa kesal, kecewa sekaligus melemparkan komen dan kritikan pedas terhadap saluran agensi berita tersebut. Mereka mendesak agar pihak berkenaan segera membetulkan semual kesalahan ejaan itu.

Menyedari kesilapan Fox 4 News segera membuat pembetulan dengan ejaan yang betul dan menyatakan pihak mereka benar-benar meminta maaf kepada Rap Monster.

Ini bukan pertama kali tercetusnya isu nama anggota BTS disalah eja. Terdahulu, Jungkook menjadi mangsa pertama apabila penyanyi popular Charlie Puth tersilap mengeja nama anggota itu dengan ejaan ‘Jungcook’.

Selain Rap Monster dan Jungkook, BTS dianggotai Jimin, Jin, V, Suga, dan J-Hope.

The post Fox 4 News Minta Maaf Tersalah Eja ‘Rat’ Monster appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2og9Mze

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.