Hi! Welcome Back and Stay Tune! Garmin Melancarkan Siri Fēnix 5 Di Malaysia – Jam Tangan Dengan Keupayaan GPS Untuk Kecergasan Dan Kegunaan Harian - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Garmin Melancarkan Siri Fēnix 5 Di Malaysia – Jam Tangan Dengan Keupayaan GPS Untuk Kecergasan Dan Kegunaan Harian

Selain daripada penawaran produk berasaskan navigasi, Garmin juga terkenal dengan penawaran peranti boleh pakai dengan fokus terhadap sukan dan aktiviti lasak. Salah satu produk yang menjadi tarikan adalah jam tangan dengan keupayaan GPS, yang membolehkan pengguna mendapatkan maklumat mengenai jarak dan tempo gerakan terus melalui pergelangan tangan anda. Hari ini pada acara di ibu kota, Garmin telah membawa siri Fenix 5 ke pasaran Malaysia dengan lima model berlainan — menerusi fenix 5, fenix 5 Sapphire, fenix 5S, fenix 5S Sapphire, dan fenix 5X.

Siri fenix 5 dilihat menawarkan rekabentuk yang tahan lasak melalui binaan bezel, butang, dan case di bahagian belakang yang dibina berasaskan besi tahan karat. Turut melengkapkan siri ini adalah kehadiran paparan skrin berwarna, sokongan GPS/GLONASS, pengesan denyutan nadi, bersama pengurusan notifikasi secara pintar.

fenix 5 dilihat menawarkan rekaan yang lebih dikhususkan untuk lelaki melalui saiz 47mm. Ia juga membawakan ketahanan bateri selama dua minggu, yang mana agak lama untuk dibandingkan dengan peranti pintar di pasaran.

Agak menarik dalam siri ini, Garmin turut menawarkan model khas untuk golongan wanita, menerusi fenix 5S dengan menampilkan rekaan yang lebih feminin. Ia hadir dalam saiz 42mm bersama pilihan warna perak bersama tali silikon putih. Bagi yang ingin mendapatkan versi tahan lasak, fenix 5S Sapphire telah didatangkan dengan kaca sapphire bagi melindungi daripada kesan calar.

Model yang terbesar di dalam siri ini ialah fenix 5X, yang menampilkan pemetaan topografik (TOPO), peta berbasikal, bersama ciri-ciri Round Trip Run dan Round Trip Ride. Ia telah ditawarkan dalam saiz 51mm bersama kaca sapphire untuk perlindungan calar yang maksimum.

Di Malaysia, fenix 5 dan fenix 5S telah ditawarkan pada harga RM2,899, manakala versi Sapphire untuk kedua-dua model ini telah dijual pada harga RM3,149. Bagi yang ingin mendapatkan fenix 5X, ia bakal dijual pada April ini dengan penawaran harga RM3,399.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ox7Odf

✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.