Tiada negara di dunia tanpa hutang, bezanya hutang malaysia berkurang setiap tahun
KUALA LUMPUR: ‘Bodoh’ adalah syarat utama untuk menjawat jawatan Pengarah Strategik PKR, kata Penganalisis Politik Lim Sian See. Gelaran itu diberikan Lim Sian See (LSS) susulan kenyataan dikeluarkan oleh Pengarah Strategik Angkatan Muda Keadilan (AMK) Akmal Nasir mendakwa ‘rakyat akan warisi hutang negara akibat ketirisan UMNO-BN’
“Nampaknya, syarat utama untuk menjadi Pengarah Strategik PKR – tidak kira muda atau tua, adalah menjadi ‘bodoh’,” katanya dipetik kenyataan di Facebook.
Akmal menerusi satu kenyataan mendakwa pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menguruskan negara secara tidak cekap akan membebankan rakyat pada masa akan datang.
Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) juga merealisasikan Wawasan 2020 ilham Tun Dr Mahathir Mohamad akibat daripada pembaziran perbelanjaan kerajaan.
“Fakta terpenting pada masa ini bagi setiap warganegara Malaysia sama ada baru sahaja lahir atau yang masih bernyawa tetap dibebani cukai GST dan seterusnya secara automatik akan mewarisi hutang negara akibat ketirisan, kebocoran dan penyelewengan di bawah pentadbiran Najib Razak,” katanya.
Mengulas kenyataan Akmal, LSS berkata, pembangkang kerap kali menyampaikan mesej mencetuskan sentimen negatif dikalangan rakyat sepertimana dakwaan Pengarah Strategik AMK ini.
“Pertamanya, tiada negara maju atau negara membangun mempunyai kadar hutang sifar.
“Nisbah hutang Malaysia kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sekarang adalah 52.7% bermakna kita berada di kedudukan ke-82 dalam senarai negarayang mempunyai nisbah hutang kepada KDNK tertinggu dunia.
“Maknanya 81 negara lain di dunia seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, Jepun – akan mufis dahulu barulah tiba giliran kita,” tegasnya.
Tambahnya, pembangkang seperti Akmal hanya bercakap mengenai kadar hutang tetapi tidak pernah menjelaskan kedudukan aset dan rizab Malaysia.
“Ianya sama seperti meletakkan kesalahan kepada bapa atau datuk kerana mewariskan kamu rumah kedai atau kediaman yag disewa dan memberi pendapatan bulanan kerana harta tersebut datang bersama perjanjian pajakan dan bayaran cukai tahunan setiap tahun,” ujarnya.
Sementara itu, beliau turut membidas dakwaan kononnya kerajaan Selangor teraju PKR bebas daripada hutang ekoran sejak pembangkang mengambil alih negeri tersebut pada 2008, hutang negeri berkenaan sudah meningkat kepada RM9.7 bilion.
Tegasnya, hutang tersebut juga akan meningkat Rm12.7 bilion selepas Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali menandatangani perjanjian pinjaman RM3 bilion daripada kerajaan pusat untuk mengambil alih syarikat konsesi air SPLASH.
“Apa yang anda maksudkan Selangor bebas hutang? Jika bukan hutang kenapa Azmin perlu menandatangani perjanjian pinjaman?” soalnya.
Sumber :
– http://ift.tt/1kohVw1
✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment