Hi! Welcome Back and Stay Tune! BN Tidak Akan Bentang RUU 355, Kekal Usul Persendirian – PM Najib - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

BN Tidak Akan Bentang RUU 355, Kekal Usul Persendirian – PM Najib

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional hari ini membuat keputusan tidak akan membentangkan Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Akta 355 di Parlimen.

Keputusan itu diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional di Menara Dato Onn, PWTC, di sini.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata keputusan dibuat berdasarkan konsensus dalam BN.

“BN memutuskan bahawa kerajaan tidak akan bentang RUU 355 selaras dengan dasar dan amalan bahawa BN buat keputusan berdasarkan konsensus,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat berkenaan.

Jelasnya, dengan pengumuman itu, RUU 355 akan kekal menjadi rang undang-undang persendirian.

“Justeru, rang undang-undang ini akan terus menjadi rang undang-undang persendirian dan terserah kepada speaker untuk menentukan, mengikut pada order paper.

“Kalau speaker putuskan ia akan dibentangkan, maka ia akan dibentangkan. Dan speaker juga akan putuskan peraturan berhubung undang-undang tersebut,” katanya lagi.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mQ5v8H

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.