Hi! Welcome Back and Stay Tune! Antonio Banderas Dedah Alami Serangan Jantung - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Antonio Banderas Dedah Alami Serangan Jantung

Aktor yang cukup terkenal menerusi watak Zorro, Antonio Banderas, baru-baru ini mendedahkan mengenai tahap kesihatan beliau kepada umum.

Memetik laporan media antarabangsa, pelakon berusia 56 tahun itu berkata, beliau mengalami serangan jantung, sekitar awal tahun ini.

“Saya mengalami serangan jantung pada 26 Januari lalu, tetapi ia tidak serius dan tidak menyebabkan apa-apa kerosakan,” katanya.

Bintang kelahiran Sepanyol ini mengalami sakit dada ketika beliau sedang bekerja. Beliau kemudian dikejarkan ke Hospital St. Peter di London dan menjalani prosedur rawatan tiga stent dimasukkan ke dalam arteri beliau.

“Ia tidak begitu dramatik seperti ada dilaporkan media,” jelas figura yang pernah meminjamkan suaranya untuk filem Puss in Boots ini.

Kini Banderas dilaporkan sudah kembali bekerja. Baru-baru ini beliau hadir pada Festival Filem Malaga di Sepanyol.

Kali terakhir, Banderas membintangi drama biografi berjudul Altamir dan belaiu bakal bintang filem aksi, Security yang turut menampilkan pelakon Gabriella Wright dan Ben Kingsley.

The post Antonio Banderas Dedah Alami Serangan Jantung appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oxoMZ3

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.