Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jumlah Pendaftaran E-filing Meningkat 12.9 Peratus – LHDN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jumlah Pendaftaran E-filing Meningkat 12.9 Peratus – LHDN

KUALA LUMPUR: Jumlah pendaftaran e-Filing meningkat sebanyak 12.9 peratus bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Sabin Samitah, sejak ia dibuka pada 1 Mac lalu, sebanyak 1.2 juta pendaftaran e-filing telah diterima.

“Hingga jam 4 petang tadi, kami menerima sebanyak 1.2 juta pendaftaran e-filing sejak ia dibuka pada 1 Mac lalu.

“Jumlah itu menunjukkan peningkatan dengan jumlah 997,238 pendaftaran diterima bagi tempoh yang sama tahun lalu,” katanya dalam sidang media pada Majlis Hi-Tea LHDN bersama Media di Hotel Seri Pacific, di sini, hari ini.

Sabin berkata, pihaknya mensasarkan jumlah 4.2 juta pendaftaran e-filing tahun ini sehingga permohonan ditutup pada 30 April depan.

“Tahun lalu, kami menerima lebih 3 juta pendaftaran e-filing bagi tempoh yang sama.

“Berdasarkan peningkatan itu, sasaran terbabit diyakini mampu dicapai hingga tempoh permohonan ditutup pada 30 April nanti,” katanya.

Bagi tahun lalu, LHDN telah berjaya mencatatkan kutipan kasar hasil cukai berjumlah RM114.015 bilion.

Daripada amaun itu, komponen cukai individu menyumbang 26.45%, cukai syarikat 57.75%, cukai petroleum 7.39% dan bakinya adalah daripada lain-lain komponen cukai.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2njafzV

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.