Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kilang Proses Arak Tiruan Digempur KPDNKK - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kilang Proses Arak Tiruan Digempur KPDNKK

SUBANG JAYA: Sebuah banglo di Petaling Jaya yang diubah suai menjadi kilang memproses arak tiruan digempur penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini.

Dalam serbuan jam 2.30 petang tadi, pelbagai arak tiruan yang menggunakan cap dagangan terkenal dirampas.

Nilai rampasan dianggar berjumlah RM200,000.

Ketua pegawai penguat kuasa KPDNKK Petaling Jaya, Kamaruddin Mohamad Yassin berkata kegiatan ini didalangi sindiket yang didapati menggunakan botol kitar semula yang dibawa masuk dari negara jiran sebelum memproses sendiri arak tiruan.

Serbuan dilakukan selepas penguatkuasa KPDNKK melakukan intipan sejak lebih seminggu lepas.

“Saya percaya modus operandi (MO) membabitkan kegiatan sindiket menjual arak tiruan ke pusat hiburan di Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

“Dia sebenarnya kitar semula botol yang dicuci dan dilabel semula. Isi kandunganya saya belum pasti lagi, kita akan hantar ke Jabatan Kimia untuk siasatan lanjut,” kata Kamaruddin.

Sindiket juga didapati cuba mengelirukan pembeli dengan menampal cap dagang minuman keras yang asli selain turut mempunyai pelekat kelulusan daripada pihak Kastam.

Ketika serbuan, tiada pekerja atau anggota sindiket berada di dalam premis berkenaan.

Kes disiasat mengikut Sekyen 8 Akta Perihal Dagangan 2011.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2o6Htq2

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.