Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rosmah Gembira Anggota Parlimen Sokong RUU Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rosmah Gembira Anggota Parlimen Sokong RUU Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak

PUTRAJAYA: Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua anggota Parlimen yang memberi sokongan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Rosmah yang juga Penaung Program Permata Negara (Permata) berharap agar RUU itu dapat diluluskan dan dipercepat untuk diguna pakai bagi menghindari kejadian yang tidak diingini berlaku dalam kalangan kanak-kanak.

RUU yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said semalam memperuntuk kesalahan dan hukuman termasuk pornografi kanak-kanak, pengantunan, amang seksual fizikal dan amang seksual bukan fizikal.

“Insya-Allah (boleh).. sebab sekarang pembangkang pun dah sokong jadi tiada isu untuk mereka tidak luluskan RUU ini,” kata Rosmah kepada media selepas melepaskan para peserta ‘Permata On Wheels’ di Seri Perdana di sini hari ini.

Permata On Wheels merupakan outreach programme yang bermatlamat untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan pembelajaran dan penjagaan kanak-kanak bawah umur empat tahun.

“Kami membeli bas terpakai yang telah diubah suai dengan kos sekitar RM40,000 untuk program ini yang akan menjelajah ke kampung-kampung dan pedalaman terutama kawasan Orang Asli,’katanya.

Rosmah berkata untuk lokasi pertama, para peserta akan menetap selama dua hari di Kampung Chang Baru, Bidor, Perak bagi menjalankan pelbagai aktiviti dengan masyarakat setempat di sana.

“Kami juga menjemput peserta Perkasa Remaja untuk menjalankan aktiviti sokongan seperti penjagaan rambut, bersolek, penjagaan dan tatarias kuku dan kelas masakan,” katanya.

Program itu turut mendapat kerjasama daripada pihak Tok Batin kawasan berkenaan untuk mengaturkan aktiviti komuniti seperti bersukan dan berkelah.

“Jadi ini adalah usaha kami untuk berikan kesedaran kepada mereka yang tinggal di kawasan pedalaman mengenai kepentingan pendidikan awal dan penjagaan kanak-kanak,” katanya.

Enam lokasi lain yang dipilih Permata ialah Kampung Simpang Arang, Gelang Patah, Johor; Sungai Besar, Selangor; Bintulu, Sarawak; Keningau, Sabah; Felda Palong, Negeri Sembilan dan Padang Serai, Kedah.

— BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ofw1FI

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.