Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki Dijumpai Lemas, Dipercayai Terjun Dari Jambatan Pulau Pinang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki Dijumpai Lemas, Dipercayai Terjun Dari Jambatan Pulau Pinang

GEORGE TOWN: Seorang lelaki dijumpai mati lemas manakala seorang lagi dikhuatiri lemas selepas kedua-dua dipercayai  terjun dari Jambatan Pulau Pinang, dalam dua kejadian berasingan, pada Rabu.

Mayat Cheng Shong Huat, 34, ditemui terapung di kilometer 7.9 Jambatan Sultan Abdul Halim kira-kira jam 3.54 petang oleh pasukan penyelamat.

Manakala identiti lelaki yang masih hilang dikenali sebagai Chin Joo Mon, berusia 60-an.

Menurut jurucakap pasukan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang,  pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam kira- kira jam 1 petang yang memaklumkan kejadian.

Setiba di lokasi, pasukan bomba  menemui sebuah motosikal jenis Suzuki yang ditinggalkan di kilometer 3.4 Jambatan Pulau Pinang, dari arah Perai menghala ke Pulau.

Pada motosikal tersebut, terdapat identiti mangsa yang  dikenali sebagai Chin Joo Moon, yang dipercayai telah terjun dari jambatan tersebut dan  telah disaksikan oleh seorang orang awam.

Pada masa yang sama, pasukan bomba turut mendapat maklumat bahawa terdapat satu lagi kejadian sama membabitkan seorang lelaki berusia 30-an selepas menemui sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda yang ditinggalkan di atas jambatan.

Operasi mencari dan menyelamat yang jalankan dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APMM), dan Pasukan Polis Marin kemudiannya menemui mayat Shong Huat berdekatan Jambatan Sultan Abdul Halim.

Keluarga Shong Huat juga dilaporkan telah membuat laporan polis berhubung kehilangan lelaki itu sebelum mayatnya ditemui.

Mayat Shong Huat kemudiannya dibawa ke Jeti Batu Musang, Batu Kawan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Menurut bomba, operasi mencari dan menyelamat ditangguhkan pada jam 6 petang ekoran keadaan cuaca dan laut bergelora.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oaWLdR

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.