Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ikram bantah penganjuran pesta vape di PWTC - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ikram bantah penganjuran pesta vape di PWTC

PETALING JAYA: Pertubuhan Ikram Malaysia membantah penganjuran sebuah pesta vape di Kuala Lumpur bermula Sabtu ini. Jurucakap biro kesihatan Ikram, Dr Mohd Afiq Mohd Nor, berkata pihaknya memandang serius penganjuran “VapeCon KL2” di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), dan berkata program yang dianjurkan di tempat terbuka seperti itu menggalakkan pengunjung bawah umur menyertainya.

“Malah penganjuran expo itu juga bertentangan dengan dasar dan polisi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang bebas daripada amalan merokok,” kata Dr Afiq, dan menambah Malaysia menandatangani perjanjian Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk mengawal tembakau pada 2005.

Beliau menggesa kerajaan menyiasat kelulusan penganjuran expo itu dan memastikan undang-undang sedia ada dipatuhi.

Vape, atau rokok elektronik, menjadi kontroversi selepas ia dikatakan mempunyai ramai pengguna di kalangan remaja.

Tahun lalu, kerajaan memutuskan untuk mengawal penggunaan Vape, dengan Kementerian Kesihatan Malaysia ditugaskan mengawal selia penjualan cecair yang mengandungi nikotin di bawah Akta Racun 1952 dan Akta Jualan Dadah 1952.

Dr Afiq berkata kajian membuktikan pengambilan vape jelas membahayakan kesihatan.

“Pengamalan vape bukanlah langkah sebenar atau alternatif untuk berhenti merokok,” kata beliau, dan menyeru umat Islam menghormati fatwa Wilayah Persekutuan pada 2015 yang mengharamkan pengunaan rokok elektronik.

 

Sumber :
– http://ift.tt/IrnvO1

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nfYxoT

✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.