Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kementerian Kewangan Sangkal Dakwaan Kad 'payWave' Boleh Diklon - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kementerian Kewangan Sangkal Dakwaan Kad 'payWave' Boleh Diklon

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan hari ini menyangkal dakwaan di media sosial bahawa kad bayaran tanpa sentuh atau ‘payWave’ boleh diklon dan maklumatnya dijual kepada pihak ketiga.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz berkata kad paywave yang mula dikeluarkan pada akhir tahun lalu tidak boleh dipalsukan kerana dilengkapi ciri keselamatan yang diperakui industri perbankan antarabangsa.

“Pengguna juga telah dimaklumkan bahawa ciri-ciri keselamatan ini dicipta khas, jika berlakunya kes kehilangan kad, maka pengguna tidak perlu khuatir,” katanya pada Sidang Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan tambahan Datuk Dr. Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) berkenaan dakwaan di media sosial mengenai kad payWave mudah diklon.

Othman berkata industri perbankan antarabangsa telah meneliti segala kemungkinan seperti kecurian data dan memalsukan kad berkenaan, justeru ia dilengkapi dengan ciri keselamatan menggunakan teknologi terkini.

“Pemegang kad juga mempunyai pilihan untuk mengehadkan jumlah transaksi, contohnya maksimum dua kali sehari dan nilai tidak melebihi RM500 bagi mengelak risiko kecurian.

“Jika hilang, pemegang kad hanya perlu memaklumkan kepada bank berkaitan dan kad itu akan dibatalkan serta-merta manakala penggunaannya akan dijejaki,” katanya

Sementara itu, beliau berkata penggunaan kad payWave berbanding kad konvensional telah meningkat kepada 1.5 peratus pada 2016 berbanding hanya 0.6 peratus pada 2015.

Menurutnya, sistem kemudahan pembayaran payWave menawarkan kelajuan transaksi yang cepat dan memudahkan proses pembayaran selain menjadi instrumen efektif dalam menggantikan penggunaan wang tunai, serta meningkatkan produktiviti negara.

Dari segi kepentingan ekonomi pula, Othman berkata jumlah transaksi pembelian menggunakan sistem baharu ini telah meningkat kepada RM7.2 juta pada 2016 berbanding sekitar RM2.8 juta pada tahun 2015.

— BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ofOwKd

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.