Peng Soon-Liu Ying Langkah Kanan Di India
BEREGU campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying mengesahkan tempat ke pusingan kedua badminton Terbuka India, hari ini. – Foto fail NSTP/Rosli Rahmat
KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying bermula dengan langkah kanan apabila mengesahkan tempat ke pusingan kedua badminton Terbuka India, hari ini.
Kejayaan itu hadir selepas Peng Soon-Liu Ying mudah menewaskan gandingan tuan rumah, Venkat Gaurav Prasad-Juhi Dewangan 21-12, 21-12 dalam aksi pusingan pertama di Stadium Siri Fort, New Delhi.
“Lawan kami hari ini tidak begitu sukar, jadi kami hanya fokus dengan corak permainan kami.
“Apa-apa pun, kami tidak boleh terlalu selesa kerana sudah pasti cabaran akan menjadi lebih sukar selepas ini,” kata Peng Soon ketika dihubungi, hari ini.
Pasangan nombor enam dunia itu akan bertemu beregu Indonesia, Edi Subaktiar-Gloria Emanuelle Widjaja dalam perebutan tempat ke suku akhir, esok.
Edi-Gloria mara ke pusingan kedua selepas menundukkan pasangan K Yogendran-Prajakta Sawant 21-16, 16-21, 21-16.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2o6dY7J✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment