Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jiran naik angin najis anjing, kucing dibuang merata - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jiran naik angin najis anjing, kucing dibuang merata

ALOR GAJAH: Jiran Norashikin Ahmad berkata penduduk kampung membangkitkan isu wanita itu membela anjing dan najis binatang peliharaannya dalam satu mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), baru-baru ini.

Jiran yang hanya mahu dikenali sebagai Leha berkata penduduk di situ tidak setuju dengan tindakan Norashikin membela anjing dan mengadu wanita itu membuang najis anjing dan kucing merata-rata.

Katanya, tidak tahan dengan sikap Norashikin, ada penduduk yang mahu melaporkan kepada Majlis Perbandaran Alor Gajah supaya dikenakan tindakan.

“Penduduk kampung tidak boleh terima lagi kerana anjing yang dibelanya itu membuat bising pada waktu malam dan kucing yang dilepaskan menimbulkan gangguan kepada jiran terdekat.

“Buat masa ini, penduduk kampung harap majlis menghantar notis supaya Norashikin tidak membela anjing dan kucing di kampung ini lagi,” katanya kepada FMT.

Norashikin baru-baru ini viral di laman sosial selepas menyelamatkan dan memelihara 150 kucing dan 50 anjing terbiar di sekitar Melaka.

Wanita itu berkata dalam melakukan usaha menyelamatkan haiwan itu, beliau berdepan dengan pelbagai perbuatan khianat dilakukan penduduk di kampungnya.

Leha berkata Norashikin perlu menghormati penduduk sekitar dan tidak memelihara anjing dan kucing terlalu banyak.

“Jika nak bela 2 atau 3 ekor kucing, kita tidak kisah tetapi jangan sampai susahkan orang lain. Manakala memelihara anjing itu memang kita tidak setuju.

“Jila tiada tindakan diambil tuan rumah (Norashikin), kita akan membuat laporan kepada jabatan haiwan di Melaka dan Majlis Perbandaran Alor Gajah,” katanya.

Sementara itu, Norashikin menepis dakwaan penduduk yang beliau membuang najis anjing dan kucing di kawasan rumah jiran.

Katanya, najis anjing dan kucing peliharaannya dikumpulkan dalam plastik dan dibuang ke tempat pelupusan sampah di Alor Gajah.

“Dakwaan itu tidak benar, saya tidak membuang najis anjing dan kucing peliharaan saya merata-rata,” katanya.

 

Sumber :
– http://ift.tt/IrnvO1

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nu3sV1

✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.