Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sikap Sabar Tunang Buat Hati Ummi Nazeera ‘Cair’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sikap Sabar Tunang Buat Hati Ummi Nazeera ‘Cair’

Tinggal beberapa bulan saja lagi, Ummi Nazeera bakal melangsungkan perkahwinannya dengan tunangnya, seorang doktor dikenali sebagai Izzar, 29, yang kini bertugas di salah sebuah hospital di Sarawak.

Dalam pada sibuk membuat persiapan hari bahagianya itu, aktres berkulit hitam manis ini mengaku teruja bercampur berdebar menantikan detik tersebut.

Belum bersedia berkongsi lanjut mengenai konsep majlisnya itu memandangkan segalanya masih lagi dalam perancangan. Bagaimanapun dia memberitahu, selepas majlis akad nikah akan disusuli dengan dua kali majlis resepsi di sebelah pihak keluarganya.

“Tentang tema untuk majlis sebelah keluarga saya, saya tak mahu beritahu lagi sebab saya takut saya tukar perancangan. Tapi untuk majlis sebelah keluarga bakal suami, berkonsep tradisional.

“Dari segi persiapan banyak lagi yang belum siap. Tapi setakat ini lokasi majlis sudah ada. Mama saya uruskan dari segi hal seperti makanan dan cenderahati untuk para tetamu. Saya pula, uruskan dari segi pelamin dan baju.

“Akan ada dua kali majlis resepsi untuk sebelah keluarga saya kerana lokasi majlis yang pertama tidak dapat memuatkan seluruh ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan kami dalam satu masa, itu sebabnya kami buat satu lagi majlis,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran jenama fesyen dan produk kecantikan Umma & Nita, bertempat di hotel Shangri-La, Kuala Lumpur, pada Selasa.

Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin, 26, mengikat tali pertunangan dengan Izzar, dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di ibu kota pada 11 Disember tahun lalu.

Meskipun belum mendedahkan tarikh sebenar majlis perkahwinan mereka, terdahulu laporan media menyebut, Ummi seolah-olah memberi gambaran dia dan tunangnya akan di ijabkabulkan selepas hari raya Aidilfitri ini.

Sementara itu, diajak berkongsi lanjut mengenai bakal suaminya, sambil memberi reaksi malu-malu untuk bercerita, Ummi berkata, dalam tempoh setahun setengah mengenali jejaka itu selain mereka berdua mempunyai banyak persamaan, sikap sabar Izzar menyentuh hatinya lantaran membuatkan dia yakin lelaki itu adalah jodohnya yang tepat.

“Kami lahir dalam bulan yang sama, mungkin sebab itu juga kami mempunyai banyak persamaan. Paling membuatkan saya yakin dia adalah Mr. Right saya kerana sikapnya yang penyabar. Saya pula, seorang yang bukan penyabar.

“Sejak dari awal perkenalan, dia sudah tahu perangai saya dan dia boleh memahami dan menerima saya seadanya. Dia seorang yang bijak bahagikan masa antara kerja dan keluarga. Apabila saya memerhatikan karakternya itu, saya yakin dia boleh jadi bapa yang baik untuk anak-anak saya kelak,” katanya.

Dalam pada itu, kata Ummi lagi, walaupun tunangnya kini bertugas di luar Semenanjung, namum dia sering pulang untuk membantu Ummi sama-sama membuat persiapan majlis mereka.

“Dia kerap juga balik ke sini untuk bantu saya buat persiapan. Saya sangat berharap selepas kami berkahwin nanti, dia dapat ditukarkan dan bertugas di Kuala Lumpur lagipun dia sudah membeli rumah di Putrajaya,” luahnya.

Sempat diusik dengan pertanyaan perancangan bulan madu, Ummi sambil tertawa mendedahkan, gara-gara pilihan destinasi bulan madu, dia dan tunangnya bergaduh. Namun Ummi menyifatkan pertengkaran tersebut sebagai dugaan dan cabaran.

“Sejak akhir-akhir ini, kami sering pula bergaduh salah satunya fasal destinasi bulan madu lah. Tapi kami gaduh-gaduh manja saja dan tidak berpanjangan pun.

“Sebenarnya saya pilih hendak ke Istanbul, Turki. Dia pula mahu ke Switzerland. Saya tak mahu sebab saya sudah pernah pergi ke sana dulu tapi kata dia, dia mahu tunjukkan saya tempat yang sangat cantik dan menarik di sana nanti,” tuturnya sambil tersenyum.

The post Sikap Sabar Tunang Buat Hati Ummi Nazeera ‘Cair’ appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ntQgj6

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.