7 Sebab Anda Perlu Menyimpan Dalam SSPN-i Plus
Anda mungkin terkejut dan tidak menyangka bahawa SSPN-i Plus juga menawarkan manfaat yang sangat baik seperti berikut:
7 Sebab Anda Perlu Menyimpan Dalam SSPN-i Plus
1- Manfaat Kematian
Simpanan berserta faedah atau pampasan kematian? Kini anda tidak perlu risau lagi berkenaan dengan pampasan untuk keluarga dan waris tersayang. Hanya memilih akaun simpanan yang betul, anda akan mendapat manfaat pampasan kematian yang sangat menguntungkan.
Lebih menarik lagi, anda tidak perlu menjalani pemeriksaan kesihatan untuk mendapat manfaat takaful.
2- Khairat Kematian
Jika pampasan kematian diberikan kepada keluarga atau waris sebagai duit saguhati, khairat kematian pula adalah wang perbelanjaan untuk menguruskan pengebumiaan. Jumlah yang akan diterima sebagai khairat kematian adalah sejumlah RM2,500 dan bergantung kepada pakej yang anda ambil.
3- Pelepasan Cukai
Simpanan SSPN-i Plus mempunyai ciri-ciri tambahan yang menarik iaitu memberi anda pelepasan cukai sehingga RM6,000 dan tambahan lagi RM6,000 dari bahagian takaful nyawa. Ini bermakna anda boleh mendapat pelepasan cukai sehingga RM12,000 setahun.
4- Kadar Dividen Yang Kompetitif
Ketika ekonomi tidak berada dalam keadaan yang baik, banyak akaun pelaburan mengalami kemerosotan dari segi keuntungan. Namun, berbeza pula dengan kadar dividen yang diumumkan oleh PTPTN untuk produk SSPN-i Plus mereka bagi tahun 2016 iaitu 4% sama seperti tahun sebelumnya.
Kejayaan untuk mengekalkan kadar dividen walaupun dengan status ekonomi yang sangat mencabar adalah sesuatu yang wajar dipuji.
5- Elaun Masuk Hospital
Jika anda dimasukkan ke hospital, anda boleh mendapat elaun sehingga RM200 sehari bergantung kepada pakej yang anda ambil. Elaun hospital ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban anda terutama ketika menghadapi masalah kewangan.
6- Serendah RM30 Sebulan
Dengan hanya RM30 sebulan, berikut adalah manfaat yang anda akan terima:
Manfaat kematian akibat kemalangan – RM40,000
Manfaat kematian selain kemalangan – RM20,000
Manfaat 36 penyakit kritikal – RM10,000
Elaun kemasukan ke hospital – RM20 sehari
Khairat kematian – RM2,500

7- Cabutan Bertuah
Cabutan bertuah SSPN-i Plus masih lagi dibuka sehingga 30 Jun 2017. Ini bermakna anda masih lagi berpeluang untuk memenangi hadiah seperti Proton Perdana 2.4L, Toyota Vios TRD, Motosikal Kawasaki ER-6f dan wang tunai RM2,000.
Dengan hanya RM50 sahaja, anda sudah layak mendapat satu cabutan bertuah.
Selamat membuat simpanan dalam SSPN-i Plus!
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment