Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wushu Galas Cabaran Baiki Pencapaian - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wushu Galas Cabaran Baiki Pencapaian

DARI kiri, atlet wushu, Wong Weng Son, Pengurus pasukan, Ho Ro Bin, Jurulatih, Lim Yew Fai dan atlet Phoon Eyin pada sidang media pogram Kita Juara Sukan Wushu di Majlis Sukan Negara Bukit Jalil. – Foto Osman Adnan

KUALA LUMPUR: Pada Sukan SEA Singapura 2015, skuad wushu sekadar membawa pulang dua pingat emas, tetapi kini atlet wushu negara bersedia menggalas cabaran melakukan yang terbaik beraksi pada Sukan SEA 2017 di laman sendiri.

Bagaimanapun, Pengurus skuad wushu, Ho Ro Bin, berkata sasaran sebenar masih belum diputuskan kerana enggan memberi tekanan awal kepada atlet.

Pencapaian terbaik skuad wushu adalah pada temasya 2001 di mana Kuala Lumpur ketika itu menjadi tuan rumah dan negara memperoleh enam pingat emas daripada keseluruhan 22 pingat yang ditawarkan.

“Sebagai seorang atlet memang ada rasa perbezaannya apabila bertanding di dalam negara dan di luar negara terutama daripada aspek persiapan mental dan saya turut kongsikan dengan atlet kita mengenai perkara ini.

“Jika kejohanan di luar negara, kita hanya perlu memikirkan tentang persembahan yang perlu dilakukan namun ketika bertanding di dalam negara pastinya ada faktor luar seperti ahli keluarga yang datang menyaksikan. Ini adalah sebahagian rintangan yang kalau boleh perlu dielakkan atlet nanti,” katanya dalam sidang media Program Kita Juara 2017 di Majlis Sukan Negara di sini, hari ini.

ATLET wushu, Wong Weng Son (kanan) dan Phoon Eyin pada sidang media pogram Kita Juara sukan Wushu di Majlis Sukan Negara Bukit Jalil.

Ro Bin yang turut menghadiahkan dua pingat emas untuk negara pada Sukan SEA 2001 berkata dia percayakan atlet yang berada dalam skuad wushu negara mampu melakukan yang terbaik dengan 17 pingat emas bakal menjadi rebutan.

Sementara itu, jurulatih Lim Yew Fai berkata setiap atlet wushu perlu bersiap sedia pada setiap masa kerana mereka perlu menjalani pertandingan yang diaturkan Persekutuan Wushu Malaysia setiap bulan disebabkan tiadanya kejohanan besar yang boleh disertai sebelum Sukan SEA.

“Kami baru balik dari China pada Februari lalu bagi menjalani latihan selama sebulan dan atlet ini dibahagikan tempat latihan mereka mengikut acara yang mereka sertai.

“Di situ banyak pendedahan yang diperoleh atlet apabila dapat mempelajari teknik baru dan kami akan pergi sekali lagi pada Jun ini, ” katanya.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2o9CzJh

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.