Hi! Welcome Back and Stay Tune! Satu Lokasi Baharu H5N1 Dikesan Di Tumpat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Satu Lokasi Baharu H5N1 Dikesan Di Tumpat

KUALA LUMPUR: Satu lokasi baharu di Tumpat, Kelantan dikenal pasti positif virus selesema burung (H5N1), menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Jabatan itu dalam kenyataan hari ini berkata setakat ini, jumlah keseluruhan kawasan yang disahkan positif H5N1 adalah sebanyak 36 lokasi melibatkan 51 premis di negeri itu.

Bagaimanapun, menurut jabatan itu, penemuan lokasi baharu di Tumpat masih di dalam zon jangkitan.

Secara keseluruhan, sehingga semalam operasi pelupusan telah selesai dijalankan di 29 lokasi dan masih diteruskan di lokasi lain.

“Jumlah pelupusan adalah 55,343 ekor ternakan unggas dan 16,693 biji telur,” menurut jabatan itu.

Bagi operasi Sekatan Jalan Raya, sebanyak 2,736 kenderaan telah diperiksa dengan 25 rampasan melibatkan 137 ekor unggas.

“Pasukan petugas pelupusan telah digerakkan dengan segera untuk menangkap dan melupuskan semua unggas dalam 1 kilometer (km) radius dari setiap lokasi yang dikesan penyakit.

“Ternakan unggas yang dilupuskan tidak bermaksud ternakan tersebut berpenyakit tetapi ianya perlu dilupuskan bagi membentuk ‘buffer’ bagi mengelak daripada merebak,” menurut jabatan itu lagi.

Menurut jabatan itu, tiada ladang ternakan ayam komersial dalam 10km radius kawasan pengesanan penyakit.

Wabak itu kini dikawal dalam radius 30km dari Kampung Pulau Tebu, Kelantan yang melibatkan enam jajahan iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Putih, Tumpat, Tanah Merah dan Bachok.

“Keadaan adalah terkawal dan terhad kepada kawasan yang dijangkiti yang melibatkan ayam kampung daripada penternak kecil-kecilan sahaja,” menurut jabatan itu.

Setakat ini, tiada kes jangkitan dikesan dalam kalangan manusia.

Pada 6 Mac lepas, kes H5N1 dikesan di Kampung Pulau Tebu, Tunjong, Kota Bharu, Kelantan, apabila beberapa ekor ayam kampung yang mati, disahkan positif virus berkenaan.

Kerajaan negeri Kelantan kemudian mengisytiharkan wabak berkenaan sebagai bencana negeri berikutan wabak itu merebak di dua lagi jajahan iaitu Bachok dan Pasir Puteh. — Bernama

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ox7JGB

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.