Hi! Welcome Back and Stay Tune! Perkataan 'tok Lebai' Cetus Kekecohan Di Sidang Dewan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Perkataan 'tok Lebai' Cetus Kekecohan Di Sidang Dewan

SHAH ALAM: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini kecoh seketika apabila seorang anggota dari DAP mengeluarkan perkataan ‘tok lebai’ yang disifatkan menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku) ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Selangor, menyebut perkataan ‘tok lebai’ yang merujuk kepada individu tertentu yang menjadi punca ketidaktentuan ekonomi negara dan kejatuhan nilai ringgit.

Datuk Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) kemudian bangun mencelah dan menegur Lau untuk tidak menggunakan perkataan itu lagi sebab ia seolah-olah menghina agama Islam.

“Dalam agama Islam, ‘tok lebai’ merujuk kepada agamawan, ahli cendekiawan agama dan paling tidak tok imam,” katanya.

Namun, Lau enggan menerima teguran Sulaiman sehingga menyebabkan kedua-dua wakil rakyat berkenaan bertikam lidah sebelum Timbalan Speaker DUN, Mohd Shafie Ngah meminta mereka duduk serta meminta Lau menarik semula perkataan itu.

Lau kemudian memohon maaf jika tindakan beliau itu menyinggung perasaan umat Islam.

Istilah ‘tok lebai’ menjadi popular selepas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menerusi akaun twitternya baru-baru ini merujuk seorang invidu sebagai ‘tok lebai’ yang dikatakan bercita-cita hendak menawan Selangor.

“Ada tok lebai nak tawan Selangor. Kawasan sendiri pun kalah tersungkur,” kata Mohamed Azmin.

— BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2o9CzZN

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.