Hi! Welcome Back and Stay Tune! Che Ta tak peduli dianggap ‘jual’ anak jika bayaran diterima lebih daripada setimpal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Che Ta tak peduli dianggap ‘jual’ anak jika bayaran diterima lebih daripada setimpal

Aktres Rozita Che Wan atau Che Ta tidak peduli jika ada pihak beranggapan dia seperti ‘menjual’ anaknya Aaisyah Dhia Rana. Memetik laporan Kosmo! isteri kepada pelakon Zain Saidin ini berpendapat, baginya, tidak salah untuk ‘menjual’ anak atas tiket komersial jika bayaran yang diterima lebih daripada setimpal.

“Bagi saya, Aaisyah sangat bernasib baik kerana rezekinya cukup murah dan mendapat tawaran program realiti sendiri. Ini rezeki dia, setiap bayaran yang diperoleh, saya tidak pernah gunakan, sebaliknya dijadikan simpanan masa depannya.

“Saya bukannya orang susah sampai perlu jual anak untuk hidup senang. Sebagai ibu, saya tidak tergamak untuk mengambil wang anak. Saya pegang prinsip, anak hidup bergantung pada ibu bapa dan bukan sebaliknya,” ujar pelakon yang popular dengan drama Kiah Pekasam ini.

Tambah Che Ta yang juga seorang usahawan berjaya, dia tidak pernah memaksa anak-anaknya untuk terjun ke dunia glamor termasuklah Aaisyah.

Aaisyah bakal muncul menerusi program realiti khas, Little Princess Aaisyah yang bakal disiarkan bermula 12 April nanti setiap Rabu pada pukul 9 malam menerusi saluran Astro Ria.

Che Ta berkata, beliau terbuka hati untuk menerima tawaran Astro memandangkan kesudian pihak produksi mengikut jadual waktu Aaisyah dan dirinya.

Bukan itu sahaja, penggambaran juga hanya mengambil masa selama 14 hari untuk program sebanyak lapan episod.

“Dalam program ini, penonton akan dapat melihat kehidupan Aaisyah dan cara saya mendidiknya. Namun, untuk tujuan keselamatan tetap ada batasan, bukan semua rutin hariannya dipertontonkan kepada umum,” kata Che Ta yang baru pulang bercuti dari London, England selama 18 hari bersama anak-anaknya.

Dalam pada itu, Che Ta memberitahu, dia sudah dapat mengesan minat puterinya itu yang berbeza berbanding kanak-kanak seusianya. Walaupun masih kecil, Aaisyah sudah mengenali beberapa jenama beg tangan mewah seperti Birkin, Chanel, Louis Vuitton dan Prada dan lebih tertarik apabila masuk ke butik pakaian dan beg tangan berbanding kedai barangan mainan.

Lebih menarik, Aaisyah juga amat seronok apabila dapat memakai kasut tumit tinggi dan bergaya seperti ibunya.

“Perangai Aaisyah tidak sama dengan kanak-kanak sebaya kerana dia tidak sukakan mainan. Dia lebih suka pakaian, beg tangan, kasut tumit tinggi dan melihat cermin. Mungkin kerana sudah terbiasa melihat saya bersiap dan berdandan, jadi secara tidak langsung dia pun mengikut,” kata Che Ta.

Bimbang dengan perkembangan yang tidak normal untuk Aaisyah, Che Ta bagaimanapun telah mengambil guru peribadi sejak Ogos tahun lalu. Tugas guru tersebut hanyalah mengajar anaknya untuk bermain seperti kanak-kanak sebayanya.

 

Sumber :
– malaysiandigest.com

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mP4IF9

✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.