Baliklah Ibu,Arissa Rindu Sangat-Sangat
Saya nak minta tolong awak-awak semua. Saya bukan nak aibkan orang tetapi saya tak sampai hati tengok anak-anak kecil ini yang tidak bersalah.
Mak dia rela tinggalkan anak-anak sebab lelaki lain. Senang-senang dia lepaskan tangan pada suami dia seorang diri. Anak seorang dua tak ap lagi, ini dah empat orang. Yang paling bongsu itu pun baru setahun lebih. Sampai hati buat macam ini.
Suami dia tak dapat nak kerja sebab kena jaga keempat-empat orang anaknya. Nak bayar upah pengasuh, tak mampu menyebabkan dia terpaksa pulang ke Kelantan kerana tidak mampu duduk di negeri orang dan menanggung anak-anaknya.
Bayangkanlah, dengan anak empat orang, beg besar, dari Kemaman, Terengganu balik ke Pasir Putih, Kelantan dengan menunggang motosikal EX5. Balik dengan motosikal sebab terpaksa dah. Duit pun tak ada, cukup-cukup untuk balik Kelantan saja.
Walaupun panas terik dan mengantuk, ayah mereka tetap teruskan perjalanan. Beberapa kali mereka teruskan perjalanan sebab terlalu letih, anak lapar nak susu, motosikal rosak. Ibu mereka pula tak ada tanya khabar sama ada anak selamat ke tak, memang lepas tangan terus.
Si bongsu bernama Arissa tengok saya tengah menyusukan anak saya, datang pada saya dan minta susu juga.
Sekarang ini dengar khabar dia tinggal di Pulau Pinang ataupun Kedah, kerja di kilang sana. Tolong beritahu orang-orang yang kerja di sana, suruh dia balik jaga anak dia. Jangan lepaskan tanggungjawab kepada ayah mertua dia yang dah jadi warga emas (83 tahun). Dia pun tak larat nak jaga anak kau.
Nama perempuan ini Nur, orang panggil Mekno. Tapi tak tahulah kalau di tempat lain orang panggil nama lain.
Bukan itu saja, dia buat pinjaman Amanah, kemudian lari dan tinggal di tempat lain dan menyebabkan orang lain kena tanggung hutang pinjaman itu.
Cuma banyak nak tukar baru sebab baru tukar sekolah, kan. Cikgu minta beli tali leherlah, baju pengakap barulah.
Sabarlah cikgu, saya ada dua orang anak lagi yang masih pakai pampers. Ayahnya empat adik beradik ini pun tak sempat beli. Lagipun ayahnya baru mula bekerja. Itu pun nasib baik boleh kerja.
Minta tolong share biar sampai kepada ibu empat beradik ini, biar dia tahu bagaimana keadaan anak dia.
Kredit terjemahan: Hafizah Sulaiman
The post Baliklah Ibu,Arissa Rindu Sangat-Sangat appeared first on Eberita.org.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2o9VnYy✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment