Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sinopsis Filem Kimchi Untuk Awak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sinopsis Filem Kimchi Untuk Awak

NANTIKAN novel karya novelis popular Suri Ryana yang keempat yang akan diadaptasikan ke layar perak dengan judul yang sama seperti novelnya iaitu “Kimchi Untuk Awak“. Filem Kimchi Untuk Awak ini merupakan taruhan pertama pengarah popular Michael Ang di layar perak kerana beliau tidak pernah mengarahkan sebarang filem sebelum ini dan hanya lebih dikenali sebagai pengarah drama. Pelakon utama filem ini telah diumumkan dan pelakon Emma Maembong dan Aiman ​​Hakin Redza telah terpilih untuk menggalas tugas sebagai watak utama dalam filem ini. Filem ini juga turut dibintangi oleh pelakon yang tidak kurang popularnya seperti Janna Nick, Natasha Elyzza dan Ungku Hariz.
Sinopsis Filem Kimchi Untuk Awak

Tajuk: Kimchi Untuk Awak
Genre: Romantik, Komedi
Tarikh Tayangan: Mac 2017
Pengarah: Michael Ang
Terbitan: Astro Shaw Sdn Bhd

Senarai Pelakon
Aiman ​​Hakim Ridza sebagai Daniel Lee Jae Hwan
Emma Maembong sebagai Bella
Janna Nick sebagai Zara
Natasha Elyzza sebagai Yoo Ri
Dira Abu Zahar sebagai Kak Long
Normah Damanhuri sebagai Umi
Sharifah Sakinah sebagai Min Ah @ Minah
Ungku Hariz sebagai Faris

Sinopsis Kimchi Untuk Awak

Filem Kimchi Untuk Awak menceritakan kisah penceritaan antara Daniel Lee Jae Hwan dan Bella. Daniel merupakan jejaka hasil kacukan Korea dan Melayu manakala Bella adalah gadis Melayu yang belajar di salah sebuah universiti di Seoul, Korea Selatan. Pertemuan mereka bermula apabila mereka bertembung antara satu sama lain apabila Bella terlanggar lengan kiri milik Daniel Lee yang kebetulan berada di hadapannya. Pertemuan yang tidak disengajakan itu berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan semasa Bella ingin pulang ke Malaysia untuk menghabiskan cuti semesternya.

Setelah sampai di Malaysia Bella terus berjumpa dengak Kak Longnya untuk melepaskan perasaan rindu yang menebal. Suatu hari Kak Long menyuruh Bella membuat kimchi sempena majlis menyambut kedatangan presiden syarikat tempat kak longnya bekerja ke Malaysia. Bella sangat terkejut menerima kenyataan bahawa Presiden syarikat kak Longnya yang ingin diraikan itu sebenarnya adalah Daniel Lee jejaka yang pernah dilanggarnya ketika di korea selatan baru-baru ini. Hidup Bella menjadi semakin huru-hara apabila dia mendapat tahu bahawa papa Daniel Lee dan ayahnya merupakan kawan baik dan mereka berdua berusaha menyatukan Bella dan juga Daniel Lee. Akhirnya mereka bernikah setelah hampir ditangkap khalwat oleh penduduk kampung dan untuk menjaga maruah kedua-dua keluarga. Percintaan mereka menjadi semakin rumit apabila Bella membuat keputusan untuk melarikan diri ke Seoul kerana percayakan fitnah yang direka oleh Yoo Ri.

Danial Lee mencari isterinya Bella yang melarikan diri ke Korea kerana terlalu rindukan Bella. Setelah itu, Hubungan mereka kembali pulih dan perasaan cinta Daniel Lee semakin mendalam terhadap Bella ketika di Korea Selatan. Yoo Ri dan Zara pula sentiasa berusaha untuk meruntuhkan perkahwinan Daniel Lee dan Bella. Adakan cinta Daniel Lee dan Bella dapat dipertahankan? jangan lupa saksikan di pawagan pada tahun hadapan.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nLAF09

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.