Laksanakan Segera Hukuman Potong Mata: PFAM
Izham Ismail. – Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) menuntut Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) supaya melaksanakan segera hukuman pemotongan mata terhadap pasukan yang berdepan tunggakan gaji.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Izham Ismail, berkata PFAM menyambut baik dan bersetuju dengan cadangan badan pengendali liga itu selain turut meminta pasukan yang terbabit supaya memberi komitmen menyelesaikan masalah ini.
Katanya, sudah tiba masanya agar tindakan itu dapat dilaksanakan meskipun ia sudah lama dikemukakan namun masih tidak dapat dilaksanakan berikutan beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan sebelum ini.
“Cadangan ini dapat disifatkan sebagai mesej yang jelas betapa isu tunggakan gaji adalah perkara yang sangat serius dan mesti dibasmi sepenuhnya.
“Ia juga adalah sebagai lambang keadilan buat pemain yang telah lama menunggu hak mereka.
“Mereka terpaksa menempuh suatu tempoh kehidupan yang sukar kerana sikap tidak serius yang ditunjukkan oleh pasukan untuk menyelesaikan isu ini,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.
Sehubungan itu, PFAM berharap kes tertunggak itu dapat disegerakan bagi menjaga kebajikan pemain dan memastikan cadangan ini dapat dilaksanakan secepat mungkin ke atas pasukan yang ingkar dengan arahan Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2o6d3nD✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment