Hi! Welcome Back and Stay Tune! 10 Masjid Paling Cantik Di Dunia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

10 Masjid Paling Cantik Di Dunia

Masjid merupakan tempat ibadah bagi semua umat Islam. Sama dengan tempat beribadat agama yang lain, masjid juga merupakan kawasan larangan untuk membuat perkara yang tidak elok bagi menjaga kesucian tempat tersebut. Sebagai tempat dan bangunan yang suci, masjid tentunya memiliki cerita sejarah dan nilai keindahannya yang tersendiri.

Berceritakan tentang keindahan masjid, berikut adalah antara 10 masjid yang tercantik di dunia:


Dah tentulah semua orang cakap ini masjid paling cantik dalam dunia kerana semua umat Islam pun teringin nak pergi sini. Masjidil Haram merupakan masjid terbesar di dunia yang boleh memuatkan 4 juta jemaah pada satu-satu masa. Di sini jugalah terletaknya Kaabah dan merupakan tempat paling suci bagi seluruh umat Islam.


Masjid ini terletak di Isfahan ini telah dibina seawal kurun ke-17 semasa pemerintahan Shah Abbas I. Rekaan berunsurkan seni bina Safavid Iran ini tidak mempunyai laman atau menara tinggi seperti kebanyakan masjid lain.


Selepas penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah, baginda telah membina Masjid Nabawi dan di sini jugalah tempat bersemadinya Rasulullah iaitu di bawah kubah berwarna hijau. Selain itu, masjid ini juga menempatkan makam bagi sahabat-sahabat Nabi iaitu Saidina Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Khattab. Masjid Nabawi merupakan masjid kedua terbesar di dunia yang boleh menampung lebih daripada setengah juta jemaah.


Masjid ini merupakan salah satu masjid tertua di Malaysia. Ia telah dibina pada 1912 dan terletak di tengah-tengah bandar Alor Setar, Kedah. Tapak masjid ini pada asalnya merupakan pusara bagi pahlawan yang telah gugur mempertahankan Kedah dari serangan Siam pada tahun 1821. Ia juga merupakan masjid Diraja dan terletak di perkarangan Istana Pelamin.


Masjid yang dibangunkan pada tahun 1958 ini merupakan sebuah masjid terhebat dengan lapisan emas murni di setiap kubahnya. Masjid yang terletak di Kampung Ayer ini sentiasa menjadi lokasi tarikan pelancong tidak kira masyarakat tempatan atau warga asing yang berkunjung ke Brunei.

Shortly before 9:00 a.m. local time on October 8th, 2005, a powerful earthquake hit the Kashmir region of Pakistan, killing more than 80,000 people while destroying villages, causing landslides, blocking roads, and collapsing schools, hospitals, homes and other buildings.
The Pakistani Government asked NATO for assistance not just for those injured during the earthquake, but also to prevent a second wave of fatalities due to the lack of food, proper medical care and shelter. NATOÕs Disaster Relief Operation was a direct and tailored response to the request of the Pakistani Government and was focused on providing assistance as quickly as possible.
The NRF Deployable Joint Task Force (DJTF) HQ was deployed to Islamabad on October 24th. Its task: to pave the way for the arrival of the forces and to co-ordinate with Pakistani authorities. The Spanish-led Land Component Command of the NRF controlled operations in the earthquake zone.
The advance elements of a Dutch medical team arrived on October 29th and moved to the Bagh area, where they immediately began treating hundreds of people a day. On November 9th, the team opened a field hospital and went on to set up mobile medical units in the Bagh area once they were reinforced by British, Czech and French medical personnel.
NATO engineering teams from Italy, Poland, Spain and the United Kingdom, supporting Pakistani efforts to repair roads and build shelters and medical facilities, joined the Canadian Disaster Assistance Relief Team (DART) and a Lithuanian water purification team, already working in the vicinity of Bagh.
NATO helicopters, among them four German CH-53 heavy-lift transport helicopters, and a Luxembourg Air Rescue helicopter, flew relief goods daily to remote mountain villages and evacuated victims before the winter set in.
During the NATO Disaster Relief Mission some 1,000 engineers and supporting staff, as well as 200 medical personnel, worked in Pakistan . The mission officially came to an end on Feb

Unik kan rekaan masjid ini? Struktur bumbungnya mempunyai lapan segi, lain daripada masjid yang biasa kita lihat. Masjid yang direka oleh arkitek dari Turki ini diinspirasikan daripada bentuk khemah Badwi dan Kaabah.


Masjid yang kelihatan serba putih ini mengambil masa lebih 10 tahun serta mengupah ribuan orang pekerja untuk disiapkan hingga menjadi masjid terbesar di Emiriah Arab Bersatu. Kawasan masjid ini adalah seluas 12 hektar dan terdapat sebuah perpustakaan di dalam masjid yang menempatkan buku-buku lama sejarawan Islam merangkumi pelbagai topik. Masjid ini juga mempunyai lampu chandelier seberat 12 tan.


Masjid ini pada asalnya merupakan sebuah gereja yang diberi nama St. Nicholas’ Cathedral yang telah dibina sekitar tahun 1298 – 1400. Setelah jajahan ini ditakluk oleh empayar Uthmaniyyah pada tahun 1571, gereja ini ditukar menjadi sebuah masjid. Selepas fungsi gereja ditukarkan menjadi sebuah masjid, semua simbol dan lukisan binatang atau manusia telah dibuang atau digantikan dengan hasil seni yang lain.


Pada tahun 1993, UNESCO telah menamakan masjid yang terletak di Lahore ini sebagai salah satu tapak bersejarah dunia. Seni bina ala fresco dengan jubin pelbagai warna membuatkan masjid ini cantik dan tersergam indah.


Tapak dan binaan asal masjid telah dibakar semasa zaman rejim kekejaman Ivan the Terrible pada 1552. Imam Seid Kul Sharif dan anak-anak muridnya telah cuba mempertahankan masjid itu daripada kemusnahan namun gagal. Pada tahun 1996, pembinaan semula masjid dimulakan dan memakan masa hampir 10 tahun untuk disiapkan. Pada tahun 2005, masjid ini dilancarkan dan diberi nama Kul Sharif sempena memperingati perjuangan Imam Kul Sharif suatu ketika dahulu.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2noE8D3

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.