Wan Mustaffa Bangga Fokus Pemain UiTM Tak Goyah
JURULATIH UiTM FC, Wan Mustaffa Wan Ismail. – Foto Osman Adnan
MELAKA: Jurulatih UiTM FC, Wan Mustaffa Wan Ismail bangga walaupun hampir 70 peratus pemainnya sedang sibuk menghadapi peperiksaan di universiti namun masih mampu mengikat PDRM 1-1 pada aksi Liga Perdana di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput malam tadi.
Menurutnya, dengan pemain begitu sibuk menghadapi peperiksaan akhir diploma, ijazah dan tugasan akhir namun mereka kental fokus untuk pertemuan berdepan lawan dengan beraksi matian-matian untuk meraih satu mata.
Katanya, dia kagum anak buahnya mampu bangkit menyamakan kedudukan selepas ketinggalan 1-0 pada babak pertama ketika tuan rumah seakan menggenggam kutipan tiga mata.
Dalam aksi terbabit PDRM berjaya meledak jaringan pendahuluan seawal minit ke-8 menerusi import dari Singapura, Mohd Safuwan Baharudin sementara gol penyamaan UiTM di cipta Akanni Wasiu pada minit ke-53 hasil hantaran Dechi N”Guessan.
“Saya harap pemain mampu mengekalkan momentum keserasian dalam usaha melayan kehadiran PKNP dan Terengganu di Shah Alam pada baki dua perlawanan terakhir pusingan pertama.
“Kemenangan sangat penting ke atas lawan berikutan bagi memenuhi sasaran menduduki tangga keempat liga untuk layak ke Piala Malaysia.
“Apapun dua skuad terbabit kini berada dalam prestasi tinggi dan lawan sukar yang bakal dihadapi,” katanya.
Begitupun Wan Mustaffa yakin anak buahnya mampu memberi tentangan sengit ke atas pelawat dalam memburu kutipan mata maksimum pada setiap perlawanan.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2o8s6L8✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment