Rupanya Tak Semua Perkataan Kena Tambah ‘Bah’ Di Hujungnya, Gadis Ini Kongsi Macam Mana Nak Belajar Bahasa Sabah, ‘Ayuk Belajar Bahasa Sabah’
Negara kita mempunyai kepelbagaian kaum, dan setiap dari kaum tersebut mempunyai budaya, juga bahasa yang tersendiri, disebabkan itu jugalah Malaysia kaya dengan pelbagai perayaan, dan perpaduan kaum antara satu sama lain.
Bukan itu sahaja, dengan banyaknya kaum, dan juga etnik, tidak hairanlah jika terdapat dialek, atau bahasa yang digunakan oleh seseorang itu jika bercakap sesama mereka.
Begitu juga dengan Sabah, yang mana mempunyai bahasa mereka yang tersendiri, dan bagi penduduk semenanjung Malaysia, mungkin ada perkataan baru yang sukar difahami, dengan maksud yang tersendiri.
Untuk itu, admin ingin kongsikan pada anda semua, akan bahasa Sabah, yang dikongsikan oleh saudarai Hadhinah Felice, walaupun telah menetap di luar negara selama 10 tahun, namun jiwanya masih lagi kuat sebagai orang Sabah.
Ayuk belajar bahasa Sabah.
30 tahun lalu saya dilahirkan(IC 12!) dan dibesarkan selama 20 tahun di Sabah. Walaupun dah tinggalkan Sabah sejak tahun 2007, bahasa Sabah tak pernah lekang dari lidah saya. Siapa yang pernah jumpa saya dan cakap bahasa Sabah dengan saya pasti tahu yang bahasa Sabah saya loghat nya masih pekat, sama macam waktu saya mula-mula bercakap waktu kecil dulu. Lagu negeri Sabah pun saya masih ingat satu persatu liriknya.
Bahasa Sabah tak sama dengan Bahasa Indonesia walaupun bunyi macam sama. Bahasa Sabah banyak dipengaruhi oleh bahasa Kadazan, Dusun, Bajau, Tausug, Murut, Tagalog. Bahasa Sabah juga berbeza ikut kawasan contohnya yang di Papar, Beaufort, Kuala Penyu, Sipitang dipengaruhi oleh bahasa Brunei, manakala yang di pantai timur seperti Sandakan, Tawau, Semporna, Lahad Datu dipengaruhi oleh bahasa Tausug dan Tagalog.
Buat sahabat pembaca dari Semenanjung, kalau nak belajar atau tahu serba-sedikit, ini dia sedikit dari apa yang saya masih ingat dan guna sampai sekarang.
Esbuk/aisbuk–peti ais
Akun–setuju
Ampai–letak. Contoh:Ampai seja tu baju sana(letak je baju tu kat sana)
Ampai-ampai–pengsan, hilang kesedaran
Ampus–lelah
Antam–pukul
Bangas–basi
Bahai–plastik(bahasa Sandakan). Kalau di Tawau plastik ialah “kompek”.
Bubut–kejar. Contoh: Main bubut-bubut(main kejar-kejar)
Betagar–berkarat
Bida–hodoh, tak cantik
Bikin–buat
Bilang–kata/cakap
Biut–tidak lurus, senget
Budu–bodoh
Buyuk–tipu, bohong
Champin–hebat, terer, atau champion
Celana/selana–seluar
Durang–dorang
Garit–calar
Hambat/ambat–pukul. Sama macam antam.
Tu hari–haritu, semalam, kelmarin
Jerak/belak–bosan
Jepit–kepit
Karan–elektrik. Contoh: Mati karan(takda elektrik)
Kasi–beri, bagi
Kutang–baju dalam
Kunuk–konon
Limpang–baring
Limpas–lalu depan
Lugai-lugai–tak tentu arah, lepak tanpa tujuan
Mengkali–mungkin atau barangkali
Miring–sewel
-ping–digunakan untuk minuman sejuk. Contoh: Milo ping(milo ais)
Piring–pinggan
Pistak–seluar dalam
Sandi-teruk
Sigup–rokok
Sikul/skula–sekolah
Siring–tepi
Sungkai–buka puasa/iftar
Tingu/tinguk–tengok
Taruk–bubuh atau letak
Tapuk–sorok
Senduk-sudu
Aku/sia/sa–saya
Tia payah/nda payah/inda payah–tak payah
Ndapapa/nda papa–tidak ada apa-apa
Nda/inda/indak/tida/teda lah–tidak
Sumandak–gadis
Kami juga guna perkataan “anu” untuk orang ketiga atau bila kami inda tau nama orang atau untuk benda. Contoh:
1. Dia berantam sama si anu kemarin di skula (dia berpukulan dengan si polan semalam kat sekolah).
2. Sudah kau ambil tu anu di kadai? (kau dah ambil ke barang kat kedai tu?)
Di Semenanjung kalau nda silap “anu” ni maksudnya kemaluan kan?
Kebanyakan perkataan dengan huruf “e” kami ganti dengan huruf “i” contohnya pergi jadi “pigi”, pendek jadi “pindik”, sejuk jadi “sijuk”, besok/esok jadi “bisuk/isuk”, memang jadi “mimang”.
Ayat-ayat tambahan:
2. Kin panas–buat orang marah
3. Dari kau seja tu–up to you
4. Palui–bodoh
5. Talingung–bodoh
6. Bertabiat–buat hal. Contoh: bertabiat ni anak!(eh buat hal pulak budak ni!)
7. Kitai
8. Adui dogo/doi dogo’–macam terkejut
9. Ni kali la
10. Aku tampiling–aku tampar
11. Pindik tagap–lelaki kuat
12. Aramaitii!–ucapan sebelum minum/moginum tapi kami guna meluas bukan untuk minum/moginum seja.
13. Uina!/wuina jo!-kiranya macam “woi!” atau wow
14. Buli bha/bah kalau kau!
15. Astaga…–astaghfirullah, tapi bukan Muslim pun guna
16. Paling manang–hebat
Bah my fellow Sabahan, kalau ada lagi sa tertinggal kasi tambah dulu kunuk di ruang komen! Makasih!
Oh iya…
Tidak semua perkataan kami tambah “bah” di belakang jadi inda payahla setiap satu perkataan kau tambah “bah” ah.
#ILoveSabah #ProudSabahan #BuliBhaKalauKau
– Siakap Keli
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment