Hi! Welcome Back and Stay Tune! FAM Mahu Kualiti Padang Diutamakan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

FAM Mahu Kualiti Padang Diutamakan

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim meninjau Stadium Likas, Kota Kinabalu. – Foto Mohd Izham Unnip Abdullah.

KOTA KINABALU: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan persatuan bola sepak di setiap negeri agar mengutamakan kualiti padang sebelum memberi perhatian kepada kemudahan lain.

Tunku Ismail berkata, terpulang kepada persatuan negeri atau kerajaan untuk mendapatkan dana menaik taraf padang dan stadium bagi memenuhi syarat yang diperlukan dalam perlawanan bola sepak liga perdana atau super.

Beliau berkata, FAM hanya boleh menerima pandangan dan cadangan berhubung usaha menaik taraf stadium, namun peruntukan dana adalah daripada persatuan negeri atau kerajaan.

“Macam mana pun boleh sepak perlukan padang, jadi keutamaan perlu diberikan kepada kualiti padang dulu, barulah perkara yang lain,” kata beliau kepada pemberita selepas meninjau Stadium Likas, di sini, petang ini.

Tunku Ismail berkata, beliau akan melawat setiap stadium di semua negeri yang dilawatinya untuk memantau keadaan stadium dan kakitangannya agar menjalankan tugas dengan baik.

Terdahulu, ketibaan Tunku Ismail di Stadium Likas pada jam 3.50 petang tadi disambut Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Masiung Banah dan Pengerusi Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSNS), Datuk Louis Rampas.

Tunku Ismail mengambil masa kira-kira 40 minit meninjau keadaan stadium dan mendengar taklimat ringkas berkaitan stadium berkenan sebelum berangkat.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nps7NS

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.