Hi! Welcome Back and Stay Tune! 4 Negara Bangunkan Pemain Badminton Remaja - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

4 Negara Bangunkan Pemain Badminton Remaja

CHIN Chai (kiri) menandatangan perjanjian dengan PBSI diwakili Wijanarko Adi Mulya Oei (dua dari kiri); Persatuan Badminton Thailand diwakili Nigoh Chumnankul dan Persatuan Badminton Korea Selatan diwakili Han Chin Goo (kanan) sempena Kejohanan Terbuka Malaysia Celcom Axiata 2017 di Stadium Perpaduan Petra Jaya hari ini. – Foto BERNAMA

KUCHING: Pemain remaja negara berpeluang menjalani latihan dan pertandingan di Indonesia, Korea Selatan dan Thailand menerusi memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani hari ini.

Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Ng Chin Chai berkata menerusi MoU itu, keempat-empat negara berkenaan akan mengadakan latihan serta pertandingan antara tujuh dan 14 hari bagi skuad pelbagai peringkat umur.

Menurutnya, ia akan membabitkan skuad kebangsaan bawah 15 tahun (B-15), B-17, B-19 dan pasukan pelapis negara.

“Semua negara ini akan mengadakan kem latihan bersama setiap empat tahun sekali secara bergilir pada tarikh yang dipersetujui bersama.

“Program pertukaran ini adalah untuk membangunkan sukan badminton terutama dalam kalangan pemain remaja di empat negara terbabit,” katanya selepas majlis menandatangani MoU itu.

MoU itu ditandatangani Chin Chai bagi pihak BAM manakala Wijanarko Adi Mulya Oei mewakili Persatuan Bulutangkis Seluruh Indonesia (PBSI), N Nigoh Chumnankul (Persatuan Badminton Thailand) dan Han Woo Goo (Persatuan Badminton Korea Selatan).

Chin Chai juga berkata, keempat-empat negara akan bekerjasama dalam pertukaran pegawai teknikal, kemudahan kejurulatihan, latihan, pembangunan serta aspek sains sukan.

Beliau turut menjelas kem latihan bersama itu tidak akan menjejaskan program latihan atau kejohanan peringkat remaja di negara ini.

“Ada banyak kejohanan di peringkat senior berbanding pertandingan untuk remaja,” katanya. – BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oTq9lO

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.