Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis Kelantan Tahan Lelaki Dipercayai Seludup Senjata Api - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis Kelantan Tahan Lelaki Dipercayai Seludup Senjata Api

KOTA BHARU: Polis Kelantan menahan seorang lelaki dipercayai penyeludup senjata api dalam sekatan jalan raya di Batu Melintang, Jeli.

Timbalan Ketua Polis Kelantan SAC Din Ahmad berkata lelaki berusia 24 tahun itu kelihatan mencurigakan ketika cuba melalui sekatan jalan raya pada pukul 4 pagi Khamis lepas.

“Suspek dilihat cuba berpatah balik daripada melalui sekatan jalan raya sebelum dikejar sejauh 12 kilometer (km) dan berjaya ditahan sepasukan anggota polis.

“Pemeriksaan ke atas Proton Wira yang dipandu suspek yang berasal dari Tanah Merah itu menemukan sepucuk pistol di dalam satu beg kecil bertulisan M1911 A1 US Army yang dipercayai boleh membunuh dalam jarak lima meter,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Din berkata siasatan awal mendapati pistol itu diperoleh suspek dari negara jiran dengan harga RM500 dan akan dijual kepada rakannya di Negeri Sembilan dengan harga RM1,200.

Beliau berkata suspek direman selama tujuh hari bermula dari tarikh ditangkap dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama 14 tahun dan enam sebatan.

Dalam kes berasingan, Din berkata polis Kelantan berjaya menahan seorang lelaki dan merampas 20 botol dadah dipercayai heroin bernilai RM40,000 dalam operasi yang dilakukan di Kota Bharu pukul 10 malam tadi.

Din berkata tangkapan dilakukan hasil maklumat awam selepas melihat seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

“Ketika cubaan menahannya dilakukan lelaki itu cuba melawan dan berlaku pergelutan. Hasil pemeriksaan menemukan sejumlah dadah di dalam botol plastik lutsinar.

“Siasatan mendapati lelaki itu positif dadah jenis Methamphetamine dan mempunyai 10 rekod jenayah. Polis juga percaya suspek sudah menjalankan kegiatan mengedar dadah ini sejak 2015,” katanya.

Beliau berkata polis dalam proses mendapatkan perintah reman ke atas suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan. — BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nNTImW

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.