Hi! Welcome Back and Stay Tune! FAM Bantu SPRM Bendung Rasuah Bola Sepak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

FAM Bantu SPRM Bendung Rasuah Bola Sepak

TUNKU Ismail Sultan Ibrahim (kanan) ketika sidang media selepas Mesyuarat Exco Pertama Penggal 2017-2021 di bilik mesyuarat Hotel Magellan Sutera, Kota Kinabalu.- Foto Malai Rosmah Tuah

KOTA KINABALU: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersedia untuk memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membendung gejala rasuah dalam kancah bola sepak tempatan.

Presidennya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkata badan induk bola sepak negara itu juga tidak berdepan masalah untuk memberikan akses penuh kepada agensi kerajaan itu bagi menjalankan siasatan berhubung salah laku terbabit.

“Kita akan bekerjasama dengan SPRM untuk memantau setiap pasukan, pemain, pegawai pertandingan dan juga pegawai dalam FAM sendiri. Saya tidak mahu bola sepak dicemari dengan gejala rasuah.

“Saya sendiri akan berjumpa dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad, untuk memohon mereka menjalankan siasatan secara menyeluruh daripada atas ke bawah bermula saingan Liga Super, Liga Perdana dan seterusnya Liga FAM,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat pertama EXCO FAM bagi penggal 2017-2021 di sini, hari ini.

Isu rasuah bola sepak berbangkit lagi susulan penahanan tiga pemain termasuk seorang pemain import bagi pasukan Liga Perdana, MISC-MIFA pada Khamis lalu.

Dalam masa sama, Tunku Ismail turut menuntut Jawatankuasa Tatatertib dan Jawatankuasa Integriti mengambil tindakan lebih tegas terhadap pemain yang didapati bersalah membabitkan diri dalam rasuah serta gejala lain seperti samseng bola sepak.

“Saya tidak mahu bertoleransi dalam hal sebegini. Ini adalah cara terbaik untuk saya membasmi gejala rasuah walaupun hanya dalam sukan bola sepak.

“Jadi saya mahukan pemain yang bersalah digantung seumur hidup daripada menyertai sebarang aktiviti membabitkan bola sepak termasuklah bidang kejurulatihan.

“Bagi membasmi gejala samseng bola sepak, hukuman pemotongan mata perlu dilaksanakan kerana denda saja tidak lagi mencukupi untuk mengajar penyokong pasukan yang terbabit dengan masalah ini,” katanya.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oT6ylQ

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.