Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiada Rakyat Malaysia Jadi Mangsa Serangan Di Stockholm - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiada Rakyat Malaysia Jadi Mangsa Serangan Di Stockholm

TIADA rakyat Malaysia menjadi mangsa dalam serangan menggunakan trak di Stockholm, Sweden tengah hari semalam, menurut Wisma Putra. – Foto AFP

PUTRAJAYA: Tiada rakyat Malaysia menjadi mangsa dalam serangan menggunakan trak di Stockholm, Sweden tengah hari semalam, menurut Wisma Putra.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Kedutaan Malaysia di Karlavagen 37 juga menasihati rakyat negara ini supaya melaporkan keadaan mereka serta mengelak daripada berada di jalan raya yang sering mengalami kesibukan di Stockholm.

Bagaimanapun, menurut Wisma Putra, pihak berkuasa Stockholm belum mengumumkan kewarganegaraan mereka yang menjadi mangsa dalam serangan itu.

Stockholm diletakkan dalam kawalan ketat selepas sebuah trak yang dirampas, merempuh sebatang jalan raya dipenuhi pejalan kaki berhampiran Ahlens, sebuah pusat beli-belah utama di Stockholm.

Menurut laporan, sekurang-kurangnya lima orang maut manakala 15 cedera dan seorang suspek ditangkap berhubung serangan di Drottninggatan, di tengah Stockholm.

Perdana Menteri Sweden Stefan Lofven menyifatkan kejadian itu sebagai serangan pengganas.

“Serangan ini nampaknya menggunakan modus operandi sama seperti dalam serangan di Nice dan Berlin tahun lepas serta kejadian dahsyat di jambatan Westminster beberapa minggu lepas apabila kenderaan digunakan untuk melakukan serangan.

“Orang ramai dinasihati supaya mengelak daripada berada di pusat bandar untuk sementara waktu,” menurut kenyataan Wisma Putra.

Menurut Wisma Putra, bagi mendapatkan maklumat lanjut atau melaporkan sebarang perkara kecemasan, orang ramai boleh menghubungi kedutaan itu melalui talian +46 (8) 440 8400 atau ibu pejabatnya melalui talian 603-88874570 atau 60388892746. – BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2o8pjSg

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.