Siti Shahida Tinggalkan Malaysian Tigress
KETUA Jurulatih skuad hoki wanita negara, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah. – Foto Luqman Hakim Zubir
SEPANG: Skuad hoki wanita negara menerima tamparan menjelang Jelajah Eropah apabila pertahanan kentalnya, Siti Shahida Saad tidak terbang bersama rakan sepasukan ke Amsterdam, Belanda malam ini, selepas memilih untuk bersara daripada pentas antarabangsa.
Perkara itu disahkan ketua jurulatih skuad Malaysian Tigress, Dhaarma Raj Abdullah ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebentar tadi.
Jelas Dhaarma, keputusan berkenaan dibuat pertahanan kiri berusia 30 tahun itu selepas tamat saingan Liga Hoki Wanita Malaysia (MWHL) 2017, Februari lalu dan usaha untuk memujuk selepas itu juga menemui jalan buntu.
“Hasrat itu (untuk bersara) sudah diberitahu Shahida selepas tamat saingan Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia di Kuala Lumpur, Januari lalu lagi.
“Namun saya meminta kepadanya untuk terus menyarung jersi negara sehingga Separuh Akhir Liga Hoki Dunia, Jun ini.
“Puas saya sudah cuba memujuknya, namun tetap tidak berjaya kerana dia terikat dengan komitmen baharu mendirikan rumah tangga dan tugasan sebagai guru,” kata Dhaarma yang menyifatkan pengalaman lebih 10 tahun mewakili negara Shahida sebagai satu kehilangan besar buat negara.
Shahida menjadi satu-satunya pemain daripada 18 pemain yang beraksi di Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia tidak menyertai skuad 22 pemain negara ke Jelajah Eropah di Jerman dan Belanda.
Sebagai ganti, Dhaarma, 48, menyerap penyerang muda berpotensi besar daripada Skuad Pembangunan, Nur Amirah Shakirah Zulkifli ke pasukan utama untuk menimba pendedahan di sana.
Empat pemain yang digugurkan sebelum ini – Nur Zafirah Aziz, Norbaini Hashim, Nor Syafiqah Mohd Zain dan Fatin Naimah Zaki – turut dibawa ke Eropah.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pdkdTQ✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment