Hi! Welcome Back and Stay Tune! Saya Amat Gembira: Matlan Marjan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Saya Amat Gembira: Matlan Marjan

BEKAS pemain kebangsaan, Matlan Marjan. – Foto fail NSTP/Juzaimie Jazlan

KOTA KINABALU: “Saya gembira dan syukur jika betul sudah dibebaskan dari penggantungan, seterusnya kembali terbabit dalam bola sepak negara,” kata bekas pemain kebangsaan, Matlan Marjan.

Ketika dihubungi BH Sukan di sini hari ini, beliau bagaimanapun mengakui belum menerima maklumat secara rasmi atau dihubungi oleh pegawai Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) atau Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung berita gembira itu.

“Jika betul, saya amat gembira kerana sudah 22 tahun tidak aktif dalam bola sepak.

“Bagaimanapun, setakat ini saya belum tahu cerita sebenar,” katanya yang kini mencecah usia 48 tahun.

FAM hari ini mengesahkan Matlan bersama lima lagi bekas pemain Sabah diberi pengampunan untuk kembali terbabit dalam bola sepak di negara ini.

Perkara itu disahkan Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, hari ini.

Dalam sesi bertemu penyokong bola sepak di Sabah, Tunku Mahkota Johor itu ditanya mengenai nasib Matlan dan lima lagi bekas pemain dari Sabah.

Matlan adalah antara bekas pemain yang digantung seumur hidup oleh badan induk bola sepak kerana terbabit dalam skandal rasuah pada 1990an.

Lima lagi pemain Sabah yang turut menerima nasib sama seperti Matlan ialah Matusin Bowie, Junaidy Tuah, Gerald Mojiliu, G Raveychandran dan Charles Tindi.

Pada 9 Mei tahun lalu, FAM memberi pengampunan kepada 78 bekas pemain yang terbabit dalam skandal itu, enam bekas pemain Sabah itu terkecuali daripada pengampunan itu.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2npH6XS

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.