KFA Mahu Cheng Hoe Timbang Semula Peletakan Jawatan
TAN Cheng Hoe. – Foto Osman Adnan
ALOR SETAR: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mahu Tan Cheng Hoe menimbang semula keputusannya untuk meletak jawatan sebagai jurulatih skuad Helang Merah.
Naib Presiden KFA, Datuk Badrol Hisham Hashim berkata satu mesyuarat EXCO akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan status Cheng Hoe yang menghantar surat peletakan jawatannya 1 April lalu.
“Mesyuarat itu akan diadakan terlebih dahulu sebelum kami mengadakan pertemuan dengan Tan Cheng Hoe.
“Secara peribadi, saya ingin menasihatkannya berfikir banyak kali kerana sudah lama bersama kami dan paling penting beliau ada semangat Kedah yang kuat,” katanya ditemui selepas majlis perasmian sebuah pusat mencuci kereta di sini, hari ini.
Pada masa sama, Badrol Hisham berkata KFA sedia mendengar, berbincang dan menyelesaikan apa-apa isu berbangkit dengan Cheng Hoe, andai ia mengganggu tumpuannya.
Nama Cheng Hoe yang telah membawa Kedah muncul juara Piala Malaysia musim lalu, disebut-sebut bakal dilantik sebagai pembantu jurulatih pasukan Harimau Malaya.
Sejak menggalas tugas sebagai jurulatih Kedah pada 2014, skuad Helang Merah melakar pencapaian menjuarai Piala Malaysia 2016 dan Piala Sultan Azlan Shah, Januari lalu. – BERNAMA
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pdbWzv✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment