F1: Hamilton Sambar Petak Pertama GP China
LEWIS Hamilton menyambar petak depan saingan F1 GP China. – Foto AFP
SHANGHAI: Lewis Hamilton menyambar petak depan saingan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) China di sini, esok, selepas melakukan catatan sepusingan terpantas pada sesi kelayakan, sebentar tadi.
Kejayaan itu sekali gus membolehkan dia berpeluang membalas dendam kekalahan di tangan Ferrari pada aksi musim pembukaan di Melbourne, dua minggu lalu.
Pemandu Britain itu yang dikejutkan Sebastian Vettel pada saingan GP Australia di Litar Albert Park, mengatasi pesaingnya itu di sini, selepas mencatatkan 1 minit 31.678 saat berbanding 1:31.864s dilakukan pemandu Jerman itu.
Rakan sepasukan Hamilton di Mercedes, Valtteri Bottas dan pemandu Ferrari, Kimi Raikkonen masing-masing akan bermula di barisan kedua pada perlumbaan esok. – AFP
Keputusan sesi kelayakan:
1. Lewis Hamilton (GBR/Mercedes) 1:31.678
2. Sebastian Vettel (GER/Ferrari) 1:31.864
3. Valtteri Bottas (FIN/Mercedes) 1:31.865
4. Kimi Raikkonen (FIN/Ferrari) 1:32.140
5. Daniel Ricciardo (AUS/Red Bull) 1:33.033
6. Felipe Massa (BRA/Williams) 1:33.507
7. Nico Hulkenberg (GER/Renault) 1:33.580
8. Sergio Perez (MEX/Force India) 1:33.706
9. Daniil Kvyat (RUS/Toro Rosso) 1:33.719
10. Lance Stroll (CAN/Williams) 1:34.220
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2npMIRZ✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment