Hi! Welcome Back and Stay Tune! Chong Wei, Lin Dan Berentap Di Final - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Chong Wei, Lin Dan Berentap Di Final

DATUK Lee Chong Wei (kiri) dan Lin Dan akan berentap di final Kejohanan Terbuka Malaysia 2017.- Foto Nadim Bokhari /AFP /Mohd Rasfan

KUCHING: Hasrat peminat badminton seluruh dunia khususnya di Sarawak untuk menyaksikan pertembungan antara Datuk Lee Chong Wei dengan Lin Dan pada final Terbuka Malaysia, di sini, menjadi kenyataan.

Kedua-dua jaguh dunia itu seperti diramal berjaya mengesahkan tempat ke final selepas menundukkan lawan masing-masing dalam aksi separuh akhir.

Jaguh perseorangan negara, Chong Wei mara selepas menewaskan pemain Hong Kong, Wong Wing Ki 21-12, 21-9, sebentar tadi.

Terdahulu, juara dunia lima kali, Lin Dan dari China mengesahkan kemaraan ke final hasil kemenangan ke atas Son Wan Ho dari Korea Selatan 27-25, 19-21, 21-16.

Pertembungan kedua-dua pemain berkenaan disifatkan aksi ulangan final Terbuka Malaysia 2006 yang menyaksikan Chong Wei muncul juara.

“Ia adalah perlawanan yang ditunggu-tunggu dan saya berjanji untuk mempamerkan aksi terbaik esok untuk semua peminat di sini,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan tersebut.

Beliau juga mengakui bekas juara dunia dan Olimpik itu turut memberi persembahan yang baik dalam aksi separuh akhir menentang Wan Ho.

“Saya harap dapat beri persembahan terbaik esok dan turut berharap penyokong datang beramai-ramai memberi sokongan kepada saya,” katanya.

Bagaimanapun, Lin Dan yang memburu gelaran sulung Terbuka Malaysia pasti mahu membalas dendam ke atas Chong Wei di atas kekalahan itu selepas tewas 21-23 pada aksi final biarpun suatu ketika dia mendahului 20-13 di set penentuan.

“Saya tahu semua lihat saya dengan Chong Wei bermain di pentas final. Saya rasa bertuah kerana masih mempunyai pencabar seperti Chong Wei pada tahap tertinggi seperti ini… yang pasti kami akan memberi aksi terbaik kepada penonton,” kata Lin Dan.

Sementara itu, beregu wanita bukan pilihan dari Jepun, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota melakukan kejutan apabila menewaskan rakan senegara, Misaki Matsutomo-Ayaka Takahashi yang juga gandingan nombor satu dunia, 21-18, 21-19.

Di final, pasangan nombor 18 dunia itu akan berdepan beregu China, Huang Yaqiong-Tang Jinhua yang menewaskan Chang Ye Na-Lee So Hee dari Korea Selatan 22-20, 18-21, 21-16.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nqTdUP

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.