Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bekalan Elektrik Masih Terputus Di Selatan Thailand - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bekalan Elektrik Masih Terputus Di Selatan Thailand

PATTANI: Bekalan elektrik di sebahagian besar wilayah Pattani selatan Thailand masih terputus, sehari selepas serangan khianat terhadap lebih daripada 50 tiang elektrik di wilayah bergolak itu semalam.

Kerja-kerja pihak berkuasa untuk memulihkan semula bekalan elektrik di wilayah itu berjalan perlahan kerana terpaksa berdepan bahaya berikutan penemuan bom-bom yang gagal meletup daripada kejadian semalam.

“Usaha-usaha memulihkan sistem bekalan elektrik terpaksa mengambil masa yang agak lama kerana pekerja terpaksa berhati-hati dalam menjalankan tugas berikutan penemuan bom-bom yang gagal meletup,” kata Ketua Polis Pattani Mej Jen Piyawat Chalermsi hari ini.

Selain di Pattani, pekerja-pekerja syarikat utiliti tempatan turut menemui tiga butir bom berhampiran tiang-tiang elektrik di wilayah Narathiwat.

Dalam kejadian awal pagi semalam, lebih daripada 50 tiang elektrik di Pattani, Narathiwat, Songkhla dan Yala tumbang selepas dibom oleh individu tidak dikenali.

Kira-kira 40 butir bom buatan sendiri meletup dalam tempoh satu jam bermula 12 tengah malam, mengakibatkan sebahagian besar kawasan di empat wilayah bergolak itu bergelap kerana terputus bekalan elektrik.

Menurut Piyawat, banyak kilang terutamanya yang memproses hasil perikanan yang menjadi satu daripada sumber ekonomi wilayah itu terjejas akibat ketiadaan bekalan elektrik.

Sementara itu, Penolong Pengarah Pejabat Elektrik Negara di Pattani Suthon Boonprasong berkata, kejadian serangan khianat semalam telah mengakibatkan kerugian 100 juta Baht (kira-kira RM12.6 juta).

Seorang penduduk yang enggan mendedahkan namanya berkata, serangan khianat itu meninggalkan kesan buruk terhadap kehidupan penduduk yang amat bergantung kepada bekalan elektrik.

“Ibu saya yang uzur dan terbaring di katil terpaksa bergelut kerana ketiadaan bekalan elektrik,” menurut beliau.

— BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2npABnT

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.