Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kelantan Harap Gandingan Ghaddar Dan Celin Untuk Tewaskan Tok Gajah Malam Ini – Zahasmi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kelantan Harap Gandingan Ghaddar Dan Celin Untuk Tewaskan Tok Gajah Malam Ini – Zahasmi

KETUA Jurulatih Kelantan,  Zahasmi Ismail yakin ‘magis’ penyerang importnya, Mohammad Ghaddar terus menjadi untuk merobek pertahanan Tok Gajah demi memburu tiga mata penuh dalam aksi Liga Super menentang Pahang di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.

“Kita terus mengharapkan sentuhan berbisa (jaringan demi jaringan) yang dilakukan Mohammad Ghaddar dan yakin gandingannya bersama seorang lagi penyerang import, Alessandro Celin dapat mempamerkan aksi terbaik bagi merobek kubu pertahanan Tok Gajah.

“Biarpun Celin baru dua hari menyertai latihan bersama pasukan tetapi saya nampak semangatnya cukup kuat untuk membantu The Red Warriors (TRW). Insya-Allah, gandingan import ini mampu menghasilkan sesuatu malam ini,” katanya.

Zahasmi juga yakin ketiadaan pemain tengah kreatif, Morgaro Gomis akibat penggantungan permainan tidak memberi kesan kepada persembahan TRW sebaliknya mahukan pemain yang dipilih dapat mengisi kekosongan itu dengan baik.

“Kita kehilangan Gomis malam ini tetapi saya yakin pemain yang bakal menggantikannya mampu mengawal barisan tengah dengan baik dan kurang melakukan kesilapan mudah,”katanya.

Zahasmi juga mengakui skuad kendalian Dollah Salleh berada pada kemuncak prestasi selepas membenam Johor Darul Ta’zim (JDT) 3-1 dalam saingan suku akhir pertama Piala FA, di Kuantan, minggu lalu.

“Saya menghormati skuad Pahang dan kejayaan mereka mengalahkan JDT dalam saingan Piala FA minggu lalu membuatkan kita perlu berhati-hati dan tidak boleh memberikan banyak ruang untuk mereka bergerak bebas.

“Tetapi dalam bola sepak macam-macam boleh berlaku. Kita beraksi di gelanggang sendiri dan sudah pasti mahu memburu tiga mata biarpun tahu Pahang sebuah pasukan yang sukar ditundukkan,”katanya.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oMtZAd

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.