Mayat Lelaki Dijumpai Mati Dibunuh Di Belakang Kuil
KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki tempatan yang dipercayai dibunuh ditemukan dalam keadaan tertiarap di belakang sebuah kuil di Bandar Baru Kundang, Rawang, dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Ali Ahmad berkata polis menerima panggilan daripada orang awam yang menjumpai mayat mangsa berusia 39 tahun tanpa pakaian itu pada pukul 2 petang.
“Hasil siasatan mendapati terdapat kesan kecederaan pada pergelangan kaki dan tangan kanan selain di bahagian muka mangsa. Kejadian dipercayai berlaku dalam tempoh 12 jam sebelum mayat ditemui,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya, motif pembunuhan masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Mayat dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.
— BERNAMA
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2o7ClPW✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment